Friday, April 24, 2015

Penyaman Udara Masjid Ar Rahman Tidak Berfungsi

Ini penyaman udara Masjid Ar Rahman, Bandar Semporna sudah dua Jumaat tidak berfungsi. (sepanjang pengetahuan saya dan kaitannya dengan apa yang saya mahu sampaikan).

Alasan atau puncanya telah dikenalpasti, sebab kuasa bekalan letrik tidak mencukupi. 

Pun begitu kalau itulah alasannya tidak ia boleh diterima, memandangkan telah dikenalpasti dan berlaku agak lama. Tapi tidak ada tindakan, takkan tidak ada kutipan wang masjid yang mencukupi.? 

Kebetulan Jumaat pada hari ini bertepatan dengan hari pertama sambutan pesta Reggata Lepa 2015. Dimana pelancong datang dari hampir pelusuk bandar dan daerah, yang sudah pasti mereka yang beragama Islam akan menunaikan solat di Masjid ini.

Ada penyaman udara tapi tidak berfungsi. Sama lah ertinya dengan tidak ada.

Sudahlah sesak, hangat lagi. Akhirnya kemudahan yang disediakan tidak memberikan manfaat.

Sama sama lah kita membetulkannya. Himmm, sedikit malu adalah juga.

Nasib baik saja alasannya agak munasabah, kalau saja alasannya sebab risau akan ada jemaah yang duduk lama di dalam masjid. Lagi lah memalukan. Himmm

No comments: