Wednesday, April 15, 2015

Perbezaan PM Najib Razak Dan Dr M Adalah Rahmat.

PM Najib Razak dan Dr M adalah ahli UMNO. Mereka berbeza pendapat pada beberapa isu yang telah kita sedia maklum. Antaranya pasal 1MDB dan sebagainya. Tapi hakikatnya dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib masyarakat melalui organisasi UMNO/BN.

Ertinya perbezaan yang ada hanyalah sebahagian daripada proses membetulkan apa yang patut.

Tapi pula ada pihak yang campurtangan secara serius hingga ada yang menyarankan agar Mukhriz meletakkan jawatan, untuk apa.?

Begitu juga dengan dorongan penuh terhadap PM Najib Razak, seolah olah Dr M lebih teruk daripada pemimpin pembangkang. Sedang sedang cukuplah, jangan malah menambah amarah sebelah pihak, seolah olah menyiram petrol diatas bara api.

Apa yang penting ialah kesetiaan kita masyarakat terhadap UMNO/BN. Ingat, perbezaan adalah rahmat kepada UMNO. Maka itulah apa yang kita persoalkan diatas tercetus.

Bukan kah selama ini ada dikalangan kita yang memihak pembangkang hanya kerana bersetuju dengan sikap segelintir pemimpin pembangkang yang kononnya tegas mengkritik demi kononnya kebaikan.

Jadi kenapa bila ada ahli UMNO yang bersikap kritikal terhadap pentadbiran BN, ia dianggap sebagai pengkhianat atau saja dianggap pembangkang sedangkan tidak pun ia menguntungkan pembangkang.? Himmm.

Kamu orang nampak tak. Apa yang dimaksudkan dengan politik matang.


No comments: