Tuesday, May 13, 2014

Transformasi Ekonomi, Baik Atau Tidak?

Politik ni sesuatu yang abstrak untuk di tentukan, apa sebenar bentuk rupa yang ada di dalam politik itu sendiri.

Seperti juga istilah transformasi ekonomi, bila mana masyarakat itu tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sekaligus dia tidak merasakannya maka  transformasi itu akan dinilai sebagai tidak ada apa, macam biasa jak. Dan ingat untuk individu berkenaan terlibat atau tidak, itu hak mereka, semakin bilangannya ramai semakin itu ia membahayakan politik yang mereka tentang.

Bermaksud kalau mahu transformasi ekonomi yang di khabarkan baik itu mampu memberikan kesan positif pada parti yang memperkenalkannya, maka usaha berterusan harus berjalan, kelompok jentera transformasi ekonomi perlu bergerak di semua peringkat  dengan menggunakan  pendekatan yang seolahnya memaksa untuk terlibat.

Macam juga kebaikan di dalam parti politik dari jarak yang dekat, selagi mana individu itu merasa kebaikan dari parti  yang dia dokong maka selagi itulah parti berkenaan dinilai sebagai baik walaupun orang lain menafikannya. Begitu juga sebaliknya.


Posted via Blogaway

No comments: