Santun Dyana Sofya ni macam perempuan Melayu terakhir tapi memakai sut mandi di khalayak ramai. Yee kah?
Kita sedar lagi tahu hal peribadi seperti itu tidak boleh kita jadikan alat ukur kepada kemampuan satu satu individu dari konteks memimpin dan demokrasi.
Tapi pada satu sudut Dyana Sofya telah menjadi milik masyarakat, Dyana seorang pemimpin wanita yang berbangsa Melayu dan beragama Islam lepas itu duduk pula di negara Islam. Tidak kah ia kelihatan janggal dan memalukan, sedang masyarakat Turki yang lebih bertamadun lagi moden daripada kita tetap mengambil kira adab sebagai prasyarat dalam memilih pemimpin.
Tidak kan pula masyarakat Islam di negara ini seolah olah tidak kisah dalam menerima pemimpin yang kurang sempurna walaupun cukup sekadar menunjuk nunjuk. Hanya kerana DAP dan PAS duduk di bawah bumbung yang sama?
Bermakna, kalau memang anda dari kelompok masyarakat yang beragama Islam seeloknya lah kalian menolak calon DAP yang bernama Dyana, tapi pula hanya dari konteks politik dan PRK Teluk Intan, ok.
Mahu tidak mahu, pada masa masa yang akan datang kredibiliti pemimpin dari konteks moral harus diambil keutamaan apa lagi individu pemimpin itu seorang wanita Islam. Supaya generasi ini tidak terus terusan mewarisi pemimpin pemimpin yang mengenepikan cara hidup Islam walaupun mereka sendiri beragama Islam. Titik
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment