Saturday, May 17, 2014

Pemimpin DUN Menyalahkan Dato Shafie?

Saya dengar ada pemimpin DUN  di daerah Semporna yang menyalahkan Datuk Sri Shafie Apdal ekoran kewujudan rumah rumah di pinggiran darat Semporna serta kehadiran PTI, sekaligus mungkin pasti berkisar soal keselamatan.

Kenyataan yang kurang bertanggungjawab dari pemimpin yang mendapat undi dari kalangan mereka yang tinggal di perkampungan setinggan.

Tapi yang sebenarnya tidak ada istilah perkampungan setinggan di daerah Semporna terutamanya yang berhampiran pesisir darat tanah besar Semporna. Sebabnya kampung ini wujud sebelum lagi Sabah mencapai kemerdekaan di tambah memang pun sebilangan besar komuniti di kampung kampung berkenaan tidak memiliki tanah untuk dijadikan tapak rumah.
Nah cuba bayangkan kalau semua masyarakat Semporna pada ketika itu termasuklah komuniti yang ada di kampung kampung setinggan berkenaan pandai berurusan mengenai tanah tidakkah nanti tanah daerah ini hanya akan menjadi milik orang perseorangan.

Maka itu harus bijak bila berbicara. Jangan saja menuding pada hal yang sebenarnya complicated.

Apa yang perlu di buat sekarang oleh pemimpin berkenaan ialah asingkan mereka yang berstatus Bumiputera tempatan dengan kelompok pendatang dengan  menyusun semula perumahan komuniti yang sedia ada. Jangan saja pandai menyalahkan sebelah pihak, agar nanti dinilai sebagai individu pemimpin yang prihatin terhadap persoalan masyarakat wal hal cukup sekadar retorik politik.

Saya pernah dikhabarkan oleh seorang Menteri katanya, ada ramai individu yang menemuinya perihal perumahan setinggan di Kampung tertentu bukan pun cuba untuk menyelesaikan masalah tapi hanya bertujuan untuk mencari peluang projek dengan alasan Esscom.

Lihat saja proses pembersihan dari gerombolan pendatang di semua kampung di pinggir laut/darat tanah besar Semporna yang dilaksanakan baru baru ini, sebenarnya ia hasil dari kepimpinan Dato Sri Shafie Apdal, bukan siapa siapa. :)

Jangan saja mengambil kesempatan atau saja nama, hasil  kerja orang lain, endah bagus kok itu. Kalau ingin sangat dilihat sebagai individu pemimpin yang berkerja untuk rakyat, iya pastikan di kelilingi oleh individu individu pemikir yang berwibawa selepas  itu laksanakan.

Tiada benci di dalam BN :)


Posted via Blogaway

No comments: