Thursday, May 1, 2014

Persekitaran Perhimpunan GST, Bijak Tidak ?

Masalah terbesar penyokong PR kenapa mereka menolak perlaksanaan GST ialah kerana mereka tidak mahu mendengar penjelasan dari pihak yang dipertanggungjawabkan yakni pemerintah.

Kurang itu, media perdana juga tidak menurun muatkan rancangan yang mengupas perlaksanaan GST yang agak menarik dan memberikan kesan di YouTube, agar masyarakat umum mengetahuinya bahwa GST baik kepada mereka. Ini tidak cukup seperti mimpi, berlalu begitu saja. 

Kalau pun ada, hanyalah program penjelasan yang tidak mampu mengubah persepsi seseorang untuk menerima GST, seolah olah masyarakat ini memiliki degree accountant kelas pertama begitu susah untuk di fahamkan.  Syok sendiri, macam saja masyarakat ini mendengar program program penerangan yang kelihatannya komersial yang mendatangkan keuntungan pada pihak tertentu, bukan pihak pemerintah tidak tahu kalau kebanyakan dari penyokong PR adalah mereka yang terdiri dari pengamal politik hipokrit sampah. Adeh

Sekarang ini, kita masyarakat Malaysia di kenakan cukup barang sebanyak 16%, tidak ada yang terkecuali selagi ia membeli peralatan selain keperluan asas yang di kecualikan dari dikenakan cukai barang. Bermaksud kalau dalam tempoh tertentu ia tidak membeli peralatan berkenaan maka sudah tentu ia tidak dikenakan cukai pendapatan, isunya selama mana dia tidak membeli kasut ? katakanlah ia membeli kasut setahun sekali maka sebenarnya ia telah di kenakan 16% cukai barang. Berbeza dengan perlaksanaan GST ia hanya perlu membayar 6% untuk sepasang kasut, itu bererti dia boleh membeli dua atau tiga kali setahun barulah bersamaan dengan cukai barang sebelum ini sebanyak 16%, itu kalau hidup di dalam sistem GST 6%. Kamu orang faham tak ?

Bererti individu seperti di dalam gambar di atas, sebenarnya telah lama membayar cukai barang 16% yang di panggil SST tanpa mereka sedari tapi pula menolak kadar baru 6% yang di panggil GST. Tidak bijak penyokong PR bha kan ? :)

Pada masa yang sama, saya amat berbangga sebab saya yakin masyarakat Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Semenanjung tidak akan turut hadir perhimpunan ini. Walaupun negeri Sabah sering di palitkan dengan kemiskinan. Mereka sedar tu GST adalah sistem ekonomi yang mampu mengharmonikan negara bangsa untuk tempoh yang panjang. Bravo, jangan ikut macai macai PR yang tidak sedar diri tu, alahai


Posted via Blogaway

No comments: