Thursday, May 8, 2014

Kalimah Allah Di Dalam Kitab Bible Versi Indonesia Di Tolak

Di Indonesia penganut agama Kristian menolak penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Indonesia. Sebab pada mereka kalimah Allah adalah milik eksklusif mereka yang beragama Islam. Sebab itulah mereka menolak kitab bible berkenaan yang mengandung kalimah Allah.

Seorang sarjana agama samawi Indonesia Prof. Manahem Ali berkata, sebahagian penganut Kristian di republik itu kini menolak penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible kerana menganggapnya sebagai sembahan orang Islam.

Pensyarah Universiti Airlangga, Surabaya itu berkata, malah  ada juga kelompok Kristian yang mengharamkan terus penggunaan kalimah tersebut dari naskhah tersebut

"Di Indonesia lebih kejam menurut saya, ada kelompok Kristian yang mengharamkan nama Allah dalam kitab Injil kerana ia dianggap (mereka) berhala umat Islam," katanya dalam sidang media sempena “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Berbeza dengan dengan penganut Kristian di Malaysia, malah ada pula parti politik yang berpolisikan agama Islam, mereka pula yang menyokong penggunaan kalimah Allah di kalangan mereka yang bukan beragam Islam.

Sebab itulah penuntut berkenaan yakni DAP semakin naik minyak. Hingga catatan sejarah yang menceritakan Kehadiran mereka di Malaysia pun mereka mahu nafikan walaupun itu sudah tercatat lama.

Nanti ada tu ya mempersoal, jadi kenapa konon di Sabah kalimah Allah boleh di gunakan. Di Sabah mereka mengakui ALLAH adalah Tuhan yang satu seperti mana yang termaktub dan difahami oleh mereka yang beragama Islam. Atau apa dia?


Posted via Blogaway

No comments: