Sunday, May 11, 2014

Manipulasi Di sebalik Operasi UTK Oleh Masyarakat Politik

Operasi UTK sebentar tadi.

Manipulasi di sebalik operasi di kampung kampung tertentu di pinggiran darat Semporna.

Bila ada operasi seperti ini maka adalah segelintir individu yang cuba tampil di sebagai juara di hadapan komuniti di mana  seolah olah merekalah yang bertanggungjawab atas operasi yang berlangsung maka dengan itu merekalah yang sepatutnya diangkat sebagai konon Ketua.

Sedangkan sudah berpuluh tahun syabu bersarang di mata mereka tapi tetap tidak mahu berbuat apa, yang mereka tahu hanya membuat permohonan projek kepada pemimpin pemimpin tertentu. Dan bila ada perhimpunan dengan pemimpin, orang orang Zamboanga yang mereka tarik untuk dipersembahkan kepada pemimpin di perhimpunan berkenaan, tidak keterlaluan kalau saya katakan sebenarnya dari kalangan mereka yang tidak mungkin berguna.

Berbalik pada pokok cerita yakni manipulasi di sebalik operasi. Bila wujud keadaan seperti ini, saya hanya mampu tersenyum, tersenyum pada mereka yang cuba memanipulasi wal hal mereka terdiri dari mereka yang agak berpendidikan yang ingin menjadi ketua/pemimpin BR1M :) tapi tidak berkemampuan dalam banyak aspek yang diperlukan oleh satu satu ketua walaupun hanya cukup di tingkat bawah. Sekaligus mampu membawa kebaikan kepada sejagat. 

Kurang itu mereka yang berstatus menumpang juga mengambil kesempatan sama, biar mereka juga dikatakan layak di angkat sebagai pemimpin dengan berbuat perkara yang sama, wal hal kelompok inilah yang sebenarnya menyumbang total kepada kebobrokan selama ini, kenapa tidak, kalau pengedar syabu terdiri dari mereka. Tinggal lagi kelompok ini agak pandai menulis berbanding pendudukan setempat yang buta huruf.

Sikap di kalangan anak muda walaupun berbadan besar tapi semacam tidak ada akal lagi dari spesis pengecut juga sebenarnya menyumbang kepada berleluasanya gejala jenayah yang merangkumi semua jenis kejahatan. Harap badan saja besar, orang lama kata macam ikan pari yang tua.

Pun begitu, tidak boleh pula diri merasa kecewa, sebab rata rata mereka tidak mengenali diri, siapa saya yang sebenarnya terhadap kebaikan. :)

Semoga dengan ini mereka akan sedar, bahwa saya sedang mengeji mereka dengan senyuman yang sinis. Anak muda yang tidak berguna sebab tidak memiliki  semangat negara bangsa. Hanya kerana di klasifikasikan sebagai pengecut, mereka selamanya bersikap sedemikian walaupun sejarah telah membuktikan dengan bersikap demikianlah mereka tetap di lihat sebagai hina.

Saya tahu ada dari kalangan mereka yang menjadi rakan maya ku. Belajar menerima hakikat bahwa kebaikan tidak akan mampu dicari andai kalian berketuakan individu yang tidak berkemampuan dari semua aspek. Individu yang kamu anggap sebagai Ketua sebenarnya hanya bermain wayang sedang anda sebagai anak muda hanyalah penonton hingga bila bila tanpa anda sedari. 2 X 5 anak muda dan yang tua. :)

Mari kita ucapkan ribuan tahniah dan terima kasih terhadap Dato Sri Shafie Apdal atas tindakan tegas beliau dalam menyelesaikan kebobrokan yang ada.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

No comments: