Tuesday, May 13, 2014

Tanggungjawab Diri Sebagai Masyarakat Sivil Telah Beres?

Berpolitik tidak akan kekal untung, apa yang penting ialah matlamat kita sebagai pengamal politik atau masyarakat sivil telah tercapai, tercapai dengan sepenuhnya. Pada saya selepas kerja pembanterasan jenayah khasnya syabu bermula maka tanggungjawab diri sebagai masyarakat sivil terhadap masyarakat telah pun beres. Bertahun diri menyuarakan kebobrokan mengenai gejala syabu hingga melibatkan OCPD Daerah Semporna demi mencari jalan penyelesaiannya, sehinggalah diri di syorkan oleh Tuan OCPD pada ketika itu untuk bertemu dengan pentadbiran Pejabat Daerah Semporna bagi mendapatkan watikah atau surat jaminan agar keselamatan diri terjamin dari sebarang kemungkinan dari pihak yang tidak bertanggungjawab, memandangkan kerja sosial yang diri cuba lakukan terlalu berisiko ditambah ia tidak mendapat kerjasama dari Ketua Masyarakat setempat atau mungkin saja dari masyarakat/komuniti.

Dan sekarang giliran masyarakat itu sendiri pula yang perlu melangsungkannya sehingga  berjaya, disini lah kita boleh menilai semangat negara bangsa pada diri mereka, apa ia masih berbau kepentingan politik semata-mata atau apa dia. 

Pembanterasan gejala jenayah khasnya gejala syabu telah bermula maka seperti yang di ungkapkan oleh Dato Sri Shafie Apdal di majlis pertemuan bersama Ketua Ketua Masyarakat dan JKKK semalam, masyarakat atau JKKK harus memberikan komitmen yang tinggi lagi sepenuhnya agar pelbagai kegiatan jenayah dapat dihentikan. Dan tindakan membuang JKKK yang tidak bertanggungjawab akan dikuatkuasakan. 

Jangan saja sibuk mengambil mana mana  jawatan tapi bila bab melaksanakan tanggungjawab yang diberikan tidak pula mahu melaksanakannya. Hanya sibuk mencari kepentingan diri. Ingat, Allah nampak apa yang kita buat.

Ucapan tahniah terhadap diri sendiri :)


Posted via Blogaway

No comments: