Friday, May 16, 2014

Membidas Kritikan Terhadap Dr M

Tidak berniat untuk mempersoal ketokohan politik Anwar sekaligus mengungkit  salah laku moralnya tapi hanya bertujuan untuk membidas satu artikel yang ada di portal harakahdaily bertajuk "Rahsia Anwar Ibrahim Terbongkar, Ramai Orang Tidak Tahu". Ekoran kenyataan Dr M terhadap keperibadian Anwar sebagai individu yang tidak layak memberikan ceramah agama kerana kekurangan akhlaknya.

Dalam artikel berkenaan, penulis  cuba mempertahankan keperibadian Anwar dengan mengutarakan pelbagai peristiwa sebagai bukti ketokohan Anwar di persada antarabangsa. Menurut penulis Anwar pernah berguru dari tokoh agama yang masyhur sepertinya Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi. Selain Anwar sering di jemput untuk menyampaikan ceramah dan di hadiri oleh ramai tokoh tokoh terkenal lagi ilmuwan.
Kurang itu, Anwar juga selalu dikunjungi oleh tokoh tertentu termasuklah oleh bekas gurunya.

Hanya kerana Anwar pernah berguru pada beberapa tokoh agama yang berstatus ulama serta ceramahnya di hadiri oleh ramai ilmuwan maka Anwar bersih dari perlakuah moral yang dilakukannya sebelum ini walaupun telah disabitkan sebagai bersalah oleh Mahkamah .?

Pada pendapat diri pandangan penulis berkenaan cukup remeh tapi cuba diangkat sebagai artikel yang sarat dengan maklumat  berilmiah, wal hal mengada ada.

Boleh saja penulis berkenaan tidak pernah mendengar cerita individu  berkeperibadian ulama yang cuba digoda oleh seorang wanita tapi akhirnya terjerumus di hujung ketokohannya akibat nafsu yang tidak terkawal. Apa ulama berkenaan tidak memiliki ilmu agama yang tinggi dan syarahannya tidak di dengar oleh juga para ulama pada ketika itu.?

Setinggi mana pun ilmu agama yang dimiliki oleh seseorang ia bukanlah jaminan bahwa dia tidak akan melakukan perkara jelek di luar dari pengetahuan umum apa lagi berhubung dengan nafsu serakah yang sememangnya sukar untuk dibendung. Kita pernah membaca atau mendengar sabda Nabi Muhammad saw, pasal golongan ulama yang menjual agama untuk kepentingan di dunia. Di antaranya,

Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya ada yang lebih aku takutkan akan menimpa selain Dajal. Dikatakan: Apa itu wahai Rasulullah? Beliau menjawab: ialah pemimpin pemimpin yang menyesatkan.

Umar berkata: Yang paling aku takutkan akan menimpa umat ini adalah orang alim yang munafik?. Ditanyakan: Bagaimana orang alim boleh jadi munafik? Dia menjawab: Iaitu orang yang pandai di mulut namun bodoh dalam hati dan amalnya.

Bukankah ini membuktikan kepada kita bahwa ketokohan seseorang tidak boleh dilihat dari satu sudut sahaja tapi perlu merangkumi semua sudut, termasuklah sejarah keperibadian, selain kenyataan kenyataan yang datang dari sahabat sahabat Anwar ketika mereka berada di dalam barisan yang sama yakni UMNO. Pernah tu saya dikhabarkan oleh seorang ahli UMNO veteran yang berstatus Datuk, katanya dulu lama Anwar pernah cuba menggodanya sebelum Anwar terpalit dengan tuduhan liwat bersama Saiful. Untuk makluman ahli UMNO yang saya maksudkan, adalah sebaya dengan Anwar bermaksud kejadian itu telah berlaku lama.

Secara peribadinya, Anwar perlu tampil untuk membersihkan  dirinya bahwa dia tidak pernah melakukan salah laku moral dan tuduhan Dr M terhadap dirinya adalah fitnah semata-mata, dengan mengikut lunas lunas agama berdasarkan penilaian masyarakat terhadap beliau sebagai tokoh agamawan yang terkenal seantaro dunia. Arios


Posted via Blogaway

No comments: