Saturday, May 3, 2014

Masyarakat Sabah Harus Lebih Dihormati Seiring Dengan Kepentingannya

Akhirnya orang Sabah harus dihormati, apa lagi mereka yang berprofesion seperti diri yang sebenarnya mengetahui kedudukan sebenar Sabah dari konteks 20 perkara dan hasil buminya. Selain istilah yang kita sedia maklum, yakni simpanan tetap kepada BN sejak dulu lama.

Tapi disebabkan sebahagian besar  masyarakat Sabah ini hidup di dalam aman damai lagi sejahtera maka adalah tidak wajar andai individu seperti diri pula yang turut serta mendokong agenda sempit seperti mana agenda autonomi yang sekarang sedang rancak di canang oleh pengikut parti pembangkang di negeri Sabah yakni STAR dan sewaktu dengannya (mungkin saja politik PKR tapi dihuni oleh kelomok yang berasal dari KDM STAR)

Apa yang penting ialah hormati masyarakat Sabah secara keseluruhannya, sebab tidak ada manusia di dunia ini yang sanggup bertahan dari kesusahan sedangkan tanah tumpah darahnya merupakan negeri yang paling kaya di negara berkenaan. Sarawak menyumbang sebanyak RM76 bilion dan Sabah RM68 bilion setahun pada negara.  Betul tidak ? :)
 
Daripada pemerintah membangun negeri negeri pembangkang yang sudah tentu saling bertentangan lebih baik dana berkenaan di tumpahkan ke negeri negeri BN khasnya Sabah dan Sarawak. Usah risau, semaju mana pun nanti dua negeri ini, masyarakatnya tetap akan menyokong BN. 

Sebab itulah juga, Tuan Guru Haji Hadi pernah mengangkat Sabah ketika berhujah di sidang Parlimen bahwa oleh itulah Nabi Muhammad dilahirkan di bumi Mekah/Arab yang kering kontang tapi tidak di negeri Sabah yang subur. Bermaksud Sabah adalah  penyumbang besar kepada pendapatan negara. 

Entry ini tercetus ekoran perdebatan diri dengan para penyokong tegar politik STAR yang cuba membawa agenda autonomi dari Malaysia selepas 1963, hinggalah ada yang membangkitkan isu kemiskinan di negeri Sabah.

Ada pelbagai pendapat yang ditujukan kepada diri tapi sebagai pendokong politik pemerintah, saya seperti biasa tetap bertegas dalam mempertahankan parti pemerintah yakni UMNO/BN hingga keakhirnya. Saya berpendapat UMMO tidak pernah mengenepikan masyarakat Sabah dari konteks kemajuan seperti mana komen diri di perbincangan berkenaan :- 

1. Satu hal yang kamu orang tidak sedari ialah perlakuan pemimpin pemimpin terdahulu sebelum kewujudan UMNO di negeri Sabah, mereka terdiri dari kamu orang yang menyebabkan kehidupan masyarakat kamu orang terhimpit. Tapi bagaimana dengan mungkin ahli keluarga kamu mereka yang kaya raya kerana kepimpinan terdahulu, maksud pemimpin dar ikalangan KDM ? Terlalu subjektif tuduhan kamu orang ni, tidak tahu dengan jelas apa yang berlaku terus jak meluluh.
Di Semenanjung sana tidak semua masyarakatnya hidup senang ada juga yang miskin, di sebabkan oleh royalti, jadi ? 

Royalti 5% yang kamu orang persoalkan tapi kamu orang sendiri tidak tahu ke mana sudah wang berkenaan di belanjakan. Kaum kaum lain selain KDM STAR boleh hidup senang, kerana apa ? Royalti :) 

Kemiskinan yang di hadapi oleh masyarakat Sabah pada hari ini tidaklah disebabkan total oleh parti pemerintah atau saja pemimpin tapi sebenarnya datang dari sikap individu itu sendiri.
Pun begitu saya tidak menolak kalau kesulitan yang dihadapi oleh segelintir masyarakat Sabah adalah juga di sebabkan oleh kakitangan kerajaan yang berasal dari negeri Sabah itu sendiri yang mungkin terdiri dari kalangan kamu orang, yang sebenarnya tidak bertanggungjawab, lebih kepada haram jadah. Betul tidak ? 

Bermaksud, kamu orang haruslah rasional dalam menilai kelemahan yang ada di depan mata kamu orang. Jangan sampai persepsi kamu orang akhirnya hanya merugikan kamu sendiri. Orang lain maju kita pula yang tetap berada di takuk lama bersama irama kemiskinan bersama ratapan 20 perkara. 

Ada kalanya saya bersetuju ada kalanya tidak. :) 

Boleh berubah tapi diatas landasan yang betul. Joseph Pairin dan lain lain pemimpin KDM kan ada, gunakan mereka tidak perlu pun mengusik 20 perkara sekaligus menuntut autonomi segala untuk maju seiring dengan kaum bangsa yang lain. :) Arios

2. Mengata perkauman, siapa yang perkauman di negeri Sabah ni, siapa yang berusaha mengangkat kaum mereka di atas, diatas kaum kaum atau bangsa yang lain, kalau bukan KDM STAR ? 

(Dan banyak lagi, pendapat yang diri lontarkan).

Pun begitu, ada dari dikalangan mereka yang tampak ikhlas dalam  menyuarakan pendapat mereka, berdasarkan perbandingan yang  mereka buat antara kesuburan Sabah dan sedikit kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat Sabah itu sendiri.

Kekadang kita hidup ini perlu belajar menerima hakikat, barulah keadaan tetap terkawal hingga bila bila :) Arios 




Posted via Blogaway

No comments: