Sunday, May 11, 2014

Politikus Agamawan Tidak Bersikap Seperti Orang Yang Berilmu?

Mari kita amalkan pada setiap diri bahwa semua perkara yang kita fahami adalah benar tidak ada yang tidak benar melainkan benar. Dimana perbezaan tidak lagi dilihat sebagai rahmat. Dengan itu negara ini akan hancur binasa :)

Begini, saya lihat mereka yang kelihatan agamawan hanya dilihat sebagai agamawan sebab mereka kelihatan berilmu oleh orang yang tidak berilmu, tapi tidak mampu bersikap seperti mana orang yang berilmu terhadap orang yang tidak berilmu agama seperti mana dia.

Semuanya dilihat dari konteks politik semata-mata, bila berbeza berbezalah tidak boleh lagi  menjadi sahabat mungkin sampai bila bila, ini contoh sikap yang saya maksudkan yang dimiliki oleh agamawan tadi.

Attitude politik seperti inilah yang berlaku di Semenanjung sekarang. Sebab itulah perpecahan semakin menjadi jadi dikalangan penyokong politik.

Mungkin sebab itulah Islam tidak berkembang bumi Malaysia, malah semakin ramai yang menukar agama yakni murtad. Kita tidak menolak tu, kalau kemurtadan mereka adalah disebabkan oleh penilaian mereka terhadap golongan agamawan yang berpolitik tapi berbeza hingga ke akhirnya dengan masyarakat biasa. Betul tidak? tanpa mereka sedari. Seolah olah Islam adalah agama yang tidak boleh berkompromi.

Dari konteks ini saya merujuknya mungkin sebagai organisasi PAS.

Dengan itu bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa pengaruh yang di miliki oleh PAS selama ini tidak sebenarnya datang dari perjuangan politik mereka tapi kerana memang individu itu yang mahu di duduk di bawah parti politik yang ada tulisan Islam.


Posted via Blogaway

No comments: