Tuesday, May 27, 2014

Nafikan DAP Selepas Itu PAS

Nafikan politik DAP selepas itu PAS.

Jelas pada kita DAP menolak ketuanan yang berhak juga menolak agenda Islam yang tidak hanya tertakluk pada hudud tapi juga pasal penggunaan kalimah Allah.

Semua agenda sempit di atas di dokong oleh politik PAS yang di dalangi DAP. Jadi apa lagi yang tinggal di dalam PAS ya, apalah keistimewaan yang di dapat oleh mereka yang menyokong PAS ya.? (dari konteks ini saya merujuknya sebagai pengundi Melayu di Teluk Intan)
Pemimpin PAS hanya mampu berpolemik berhubung kerjasama yang mereka jalinkan bersama DAP dengan mengeluarkan kenyataan kononnya jalan untuk melaksanakan hudud pada akhirnya akan terbuka.

Tapi bagaimana ia berlangsung, tiada siapa yang mengetahuinya apa lagi secara khusus walhal mereka berbicara dari kaca mata politik yang memerlukan fakta dan penjelasan agar masyarakat boleh menghadamnya.

#Prktelukintan


Posted via Blogaway

No comments: