Wednesday, September 10, 2014

Tiga Pemisah Sabah Di Tahan

Tiga ‘pemisah’ Sabah ditahan

Perintah tahanan untuk Abu Bakar Jayari, Zainuddin Mislani dan Kassim Ibrahim telah dikeluarkan pada 9 September 2014 tetapi ketiga-tiga mereka telah berada dalam tahanan sejak 22 Julai 2014.

KOTA KINABALU: Polis telah menahan tiga lelaki selama dua tahun di bawah Seksyen 19A Akta Pencegahan Jenayah kerana didakwa menyertai kumpulan yang setia dengan Kesultanan Sulu, sebuah entiti haram yang bermatlamat memisahkan Sabah dari Malaysia.

Perintah tahanan untuk Abu Bakar Jayari, Zainuddin Mislani dan Kassim Ibrahim telah dikeluarkan pada 9 September 2014 tetapi ketiga-tiga mereka telah berada dalam tahanan sejak 22 Julai 2014.
Abu Bakar dan Zainuddin adalah warganegara Malaysia manakala Kassim adalah warganegara Filipina yang memasuki Malaysia secara haram, kata Ketua Polis Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan.

“Mereka juga dipercayai telah berjaya merekrut ahli baru sebagai langkah awal untuk menuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu.”
Sekumpulan individu yang mengaku daripada Kesultanan Sulu terlibat dalam pergelutan dengan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu pada tahun lepas.

Enam puluh lapan orang daripada pihak Sulu dan 12 orang lain dengan MyKad, termasuk dua orang awam terbunuh dalam serangan  yang berlarutan selama lebih sebulan.

Sumber FMT

 


Posted via Blogaway Jals

No comments: