Monday, September 15, 2014

Tidak Ada Niat Jahat Amerika Terhadap Kelantan Dan Terengganu

Latihan Ketenteraan Amerika di Lahad Datu, Sabah

Latihan Ketenteraan Amerika di Terengganu & Kelantan, Sabah

Dulu semasa pasukan tentera Amerika berlatih di Lahad Datu bersama anggota tentera Malaysia, tidak pun kita mendengar spekulasi yang mengecohkan masyarakat.

Tapi bila tentera Amerika datang berlatih ke Kelantan dan Terengganu. Ada pelbagai spekulasi jelek yang kita dengar, kononnya kehadiran mereka ada membawa sama agenda jahat. :-)

Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid. Katanya, kerjasama  seperti ini kononnya akan  mengundang kemarahan ramai masyarakat yang beragama Islam. Sebab  Amerika Syarikat telah menyumbang bantuan kewangan kepada Israel.

Pada pendapat admin, pendapat diatas terlalu pasif, terlalu berburuk sangka. Tidak salah menjalankan latihan ketenteraan  dengan negara maju, sebab hasil kerjasama itu nanti akan lagi memantapkan kemampuan ketenteraan kita.

Hakikatnya kekuatan dan kemampuan ketenteraan Amerika Syarikat perlu diakui. Andai saja pada satu hari negara kita di ancam oleh negara luar, kita mungkin tidak mampu menanganinya tanpa bantuan sepertinya Amerika. Ini hakikat kekuatan duniawi yang perlu kita fahami dan akui. Jangan sombong tidak tentu pasal.

Tenang jak kamu orang jangan berfikiran negatif, di Malaysia ni negeri yang paling strategik untuk dijadikan pengkalan kawalan keselamatan laut antarabangsa ialah Sabah dan kalau sungguh Sabah dijadikan pengkalan keselamatan antarabangsa, itu bukan menjadi masalah malah menguntungkan dari segi keselamatan perairan laut negara, khasnya negeri Sabah.

Jadi kenapa latihan ketenteraan di Terengganu dan Kelantan dimanipulasi untuk kepentingan politik.?

Kehadiran tentera Amerika melalui latihan ketenteraan bersama angkatan tentera Malaysia hanya latihan biasa dan sepatutnya kita berbangga sebab terpilih untuk dilibatkan. Bukan malah berburuk sangka.

Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota Tentera Darat akan terlibat di dalam Eksesais Keris Strike yang akan  diadakan di negeri Kelantan dan Terengganu bermula 13hb hingga 26hb September.


Posted via Blogaway Jals

No comments: