Monday, September 8, 2014

Konflik Di Negeri Selangor dan Sultan = Wan Azizah

Nampaknya krisis kepimpinan di negeri Selangor semakin jauh, kerana mengingkari titah Sultan Selangor.

Sultan berkehendak agar setiap parti di dalam kompenan PR memajukan tiga calon untuk dinilai sekaligus diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

Kemelut ini sudah di jangka akan tercetus. Ekoran keengganan PKR dan DAP berbuat demikian. Kecuali PAS yang akur.

Jadi apa agak jalan penyelesaiannya ya.?

Secara peribadi, kalau juga nama Wan Azizah turut disenaraikan oleh PAS. Maka untuk menyelesaikan kemelut ini sebaiknya lantik saja Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Harus di ingat proses demokrasi tidak berakhir disini tapi terus berlangsung selagi negara ini mendokong sistem demokrasi. Kemampuan satu satu parti hanya kita ketahui selepas parti berkenaan di berikan mandat sebagai pentadbir.

Tidak mustahil, kalau pemimpin di kalangan kompenan PR sendiri akhirnya merasa kecewa dengan kemampuan Wan Azizah. Begitu juga dengan masyarakat Selangor, semestinya.

(sedang sekarang pun, antara punca kepada krisis di Selangor, berkisar soal kemampuan).

Klik link dibawah, artikel ini yang saya maksudkan.

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-selangor-gesa-dap-dan-pkr-akur-titah-sultan 


Posted via Blogaway Jals

No comments: