Wednesday, September 3, 2014

DAP Berpotensi Untuk Bertapak Di Negeri Simpanan Tetap

DAP adalah ancaman politik kepada BN. Kita kenal DAP bukannya parti yang gelojoh, mereka memiliki agenda politik yang bersifat jangka panjang.

Semakin hari, sentimen agama dan bangsa, adalah sentimen yang hanya menguntungkan pihak tertentu dan ia akan di tolak oleh generasi muda terutamanya dari kalangan yang tidak terluang dengan lapangan politik, atau senang cerita bukan dari keluarga politik. Dan dari konteks Sabah dan Sarawak, sentimen agama dan bangsa boleh diketepikan, bererti DAP boleh di terima.

Maksudnya untuk mengekalkan istilah simpanan tetap adalah kerja yang sangat mencabar dimasa masa yang akan datang, kalau tidak ada usaha jitu dari jentera politik BN bagi mengimbanginya. Pun begitu, ia bukan hanya usaha biasa di dalam politik tapi harus lebih daripada itu. Meletakkan masyarakat politik yang berkredibiliti di beberapa peringkat masyarakat, adalah caranya dan banyak lagi.

Ingat, pemain politik yang tidak bertanggungjawab terhadap masa depan UMNO/BN adalah sebenarnya pengkhianat.

Ingat juga budaya dewa dewi segelintir pemimpin UMNO yang tidak suka ditegur sekaligus dengan mudah menjatuhkan hukum sebagai pembelot  adalah kelemahan besar yang menyumbang kepada lahirnya lebih ramai reformis di dalam organisasi UMNO itu sendiri.

Klik link di bawah, ini adalah sebahagian dari gerak kerja DAP di negeri Sabah yang berpotensi untuk diterima memandangkan ia memenuhi pelbagai golongan masyarakat.

 Usaha DAP menawan Sabah 


Posted via Blogaway Jals

No comments: