Friday, September 12, 2014

Kebobrokan Pentadbiran Jabatan Kerajaan Di Semporna. ?

Merujuk pada tajuk kecil/keratan akhbar tempatan, seperti mana diatas :-

Saya tidak faham ni, apa sebenarnya yang berlaku ni. Siapa individu yang membuat kenyataan seperti keratan yang tersisip diatas. Entah entah pandai saja mengata orang tapi dia yang lebih.

Kononnya antara faktor yang menyebabkan kedangkalan pentadbiran di daerah Semporna dari konteks pentadbiran dan masyarakat adalah kerana adanya kakitangan di jabatan itu sendiri terlibat sebagai kontraktor walaupun secara langsung atau tidak langsung. Yakni mengguna nama syarikat luar tapi projek berkenaan tetap miliknya atau paling tidak mempunyai bahagian peratus dari nilai projek yang telah di tentukan. Dan faktor inilah yang menyebabkankan kebobrokan, segalanya tidak betul hampir saja tunggang terbalik. Sedang pemohon projek, terlopong menunggu perkara yang sudah selesai. Apa ini benar. ???

Boleh saja, individu yang mengeluarkan kenyataan seperti mana keratan diatas adalah sebenarnya pelaku tegar pada perkara yang sama malah mungkin lebih dahsyat.

Tinggal lagi pada kali ini mungkin dia tidak bernasib baik, terlepas dari mendapatkan projek yang diidamkan, sebab itulah terlolong tidak tentu pasal.

Hal ini memang sukar untuk dibuktikan sebagai ada berlaku atau saja tiada yang mungkin hanya lebih kepada spekulasi semata mata untuk tujuan memburukkan individu atau keadaan.????

Di dalam hal ini saya tidak membela mana mana agensi atau kelompok individu. Apa yang penting ialah, sebagai kakitangan kerajaan ialah kalau boleh elakkan dari terlibat  dalam kuantiti yang besar, sikit sikit mungkin bolehlah kot :) . Utamakan keperluan masyarakat  mengikut jawatan yang dijawat dan gaji yang di dapat. Ambil keberkatan dari profesion yang diceburi, ini yang lebih penting dari hanya meminta pujian duniawi  yang sebenarnya tidak ke mana lagi sangat sementara.

Atau kalau memang mahu berkecimpung di dalam dunia perniagaan iya lepaskan jawatan, selepas itu berikan tumpuan yang amat di dalam bidang berkenaan. Habis cerita, tidak lagi menjadi isu pada masyarakat. 


Posted via Blogaway Jals

No comments: