Thursday, September 4, 2014

Perintah Darurat Esscom Di Lanjutkan Sebab Ada Cubaan

KOTA KINABALU: Perintah berkurung laut di pantai timur Sabah akan dilanjutkan sehingga 19 September ini.

Langkah ini perlu kerana masih terdapat laporan risikan tentang penjenayah selatan Filipina yang merancang untuk
menjalankan aktiviti penculikan di perairan Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Jalaluddin Abd Rahman berkata perintah berkurung 7 petang sehingga 5 pagi adalah perlu
untuk menjaga keselamatan di kawasan terlibat kerana kumpulan penculik yang berpangkalan di pulau-pulau jiran
masih merancang serangan terhadap kawasan yang lemah di sepanjang sempadan. “Kami juga telah menerima laporan bahawa terdapat kemungkinan mereka akan cuba untuk menyeludup senjata api, ” katanya.

Beliau berkata perintah berkurung juga diperlukan untuk memeriksa kegiatan penyeludupan barang-barang termasuk dadah jenis syabu dan barang bersubsidi Malaysia seperti bahan api.
Jalaluddin berkata, pengusaha pelancongan dan resort serta penternak ikan gembira dengan adanya perintah
berkurung ini kerana mereka berasa lebih selamat dengan pergerakan terhad pada waktu malam. Perintah berkurung itu juga membolehkan pasukan keselamatan menjalankan rondaan dan penguatkuasaan berkesan.

Beliau berkata sejak perintah berkurung dikuatkuasakan, seramai 92 orang telah ditahan di mana 64 ditangkap kerana melanggar arahan perintah berkurung.

Yang lain ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap.
Perintah berkurung itu meliputi enam daerah iaitu – Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan
Tawau.


Posted via Blogaway Jals

No comments: