Wednesday, September 3, 2014

Shamsul Iskandar Berpolitik Macam Raja Bomoh

Shamsul Iskandar berpolitik macam Raja Bomoh.

Tindakan tegas pemerintah terhadap kumpulan penghasut adalah atas kapasiti pemerintah yang berusaha memastikan keharmonian tetap terjamin, dengan menghalang mana mana individu dari membuat kenyataan yang menghasut rakyat untuk membenci Raja dan kenyataan yang menghina bangsa dll.

Bukan kerana teguran Dr M terhadap PM Najib Razak,  seperti ramalan politik Shamsul Iskandar, ekoran ketegasan pemerintah terhadap beberapa orang individu politik hingga dibawah ke pengetahuan Mahkamah.

Tindakan susulan terhadap seorang ahli akademik berdasarkan kenyataannya yang lepas, yang memperlekeh kuasa Sultan Perak semasa krisis Menteri Besar. Perak memuncak. Jelas krisis itu berlaku sebelum Dr M menegur PM Najib.

Itu yang kita katakan, Shamsul Iskandar ni kalau berpolitik macam Raja Bomoh. Main cakap saja, tidak ada hujung pangkal tidak bukti kukuh, asyik cakap saja. Sedang kerja hakikinya sebagai MP entah ke mana.

Klik link di bawah, artikel ini yang admin cuba cerahkan.

 Shamsul Iskandar berpolitik bomoh  


Posted via Blogaway Jals

No comments: