Friday, September 5, 2014

Saifuddin Nasution, Baru Maklum Pasal Kerjasama Di dalam PR.

Rupanya setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Tidak tahu kalau selama ini pun memang tidak wujud kerjasama politik di dalam PR.

Beliau menyimpan kecewa, apabila PAS menghantar beberapa calon ganti selain Wan Azizah.

Ini menunjukkan kepada kita, kenyataan sebelum ini yang mempertahankan kerjasama politik di dalam PR, hanyalah retorik semata, yang tidak wujud.

Seperti contoh kata mereka, di dalam PR ada common Policy framework yang menjadi asas kepada perjuangan mereka  walaupun jelas berbeza agenda.

Tapi terbukti ekoran krisis politik di Selangor. PAS bertindak berdasarkan kemahuan mereka dengan  mengenepikan saranan PKR dan DAP untuk bertegas pada satu calon.

Persoalan terbaru ekoran konflik di Selangor, selain kerjasama yang terbukti tidak wujud. Ialah hala tuju  PKR, PAS dan DAP, agaknya selepas ini apa alasan yang di canang  bagi tujuan mengaburi perbezaan di dalam PR sekaligus mengekalkan sokongan terhadap mereka. Ingat, ke tiga tiga parti ini memiliki agenda masing masing.???

Klik link di bawah ini, artikel ini yang saya cuba cerahkan.

 PKR kecewa dengan PAS  


Posted via Blogaway Jals

No comments: