Tuesday, September 16, 2014

Penjenayah Kereta Sapu, Berjaya Dicekup

Kejadian samun melibatkan dua individu yang menyamar sebagai pengusaha kereta sapu. Di fahamkan kereta sapu ini beroperasi di Lahad Datu tapi mengangkut penumpang tidak mengira tempat.

Sebelum penjenayah ini berjaya di cekup, penjenayah yang menyamar sebagai pengusaha kereta sapu telah memuat seorang penumpang wanita, sejurus masuk ke dalam kereta, penumpang berkenaan telah diugut dengan mengajukan pistol.

Sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi kereta penjenayah telah terserempak dengan road blok yang dibuat oleh pihak Polis di kawasan Beluran, menyedari itu kereta penjenayah berpatah balik.

Episod kejar mengejar berlaku di sepanjang perjalanan dari Beluran ke Kota Marudu. Akhirnya pihak polis berjaya memintas sekaligus mencekup penjenayah.

Agak agaknya lah sudah berapa orang yang telah menjadi mangsa penjenayah berkenaan ya.? Adeh

Tahniah diucapkan.


Posted via Blogaway Jals

No comments: