Wednesday, September 10, 2014

Solidariti Prof Madya Azmi Sharom.?

Solidariti untuk Profesor Madya Dr Azmi Sharom. Setelah Azmi Sharom berhadapan dengan dakwaan menghasut masyarakat untuk tidak menghormati Sultan.

Sekumpulan mahasiswa dan kakitangan Universiti Malaya anjuran Persatuan Mahasiswa UM menunjuk perasaan sekaligus mendesak pemerintah agar akta hasutan dihapuskan sebab kata mereka akta hasutan telah kononnya mencacatkan proses kebebasan akademik.

Pasti saja para mahasiswa dan kakitangan UM berkenaan terdiri dari kaum Melayu yang ber Sultan dan mereka juga tahu sebahagian besar sumber pendapatan negara datang dari negeri Sabah dan Sarawak.

Dengan itu desakan berkenaan, juga membawa maksud peluang bagi menghapuskan institusi Raja akan terbuka luas. Pada masa yang sama membuka ruang luas kepada kumpulan pemisah untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia.

Andai kata institusi Raja tidak lagi dihormati dan Sabah tidak lagi duduk di dalam Malaysia, lalu apa  yang tinggal dengan bangsa Melayu di bumi Malaysia.?
Jangan terlebih mendokong demokrasi, hingga sanggup kehilangan jati diri sebagai bangsa yang dikenali sejak berzaman.

Hakikatnya masyarakat Sabah dan Sarawak, tidak terkesan hasil  pergolakan ini, dari semua segi.

Peliknya kelompok Melayu sengal itu, di tatang bagaikan Raja dilengkapi dengan pelbagai kelebihan termasuklah disediakan peluang  untuk melanjutkan pendidikan ke tingkat tertinggi tapi akhirnya menjadi penderhaka kesultanan mereka.

Maka itulah daripada jutaan wang yang digunakan untuk membangun segelintir masyarakat yang tidak reti di untung adalah lebih baik kalau wang berkenaan pula digunakan untuk membangun "masyarakat" Sabah dan Sarawak dengan demikian akan mengelakkan masyarakat di dua negeri ini dengan mudah di akalkan untuk kepentingan pemimpin tertentu.

Ingat, antara faktor tercetusnya agenda autonomi Sabah, ialah kerana ketidakseimbangan meliputi sosial ekonomi yang di lakukan oleh pemimpin pemimpin yang tidak bertanggungjawab  di negeri Sabah. 

Dulu di awal pengenalan GST sekelompok masyarakat muda Melayu mahasiswa membantah, sebab konon akan menyusahkan masyarakat, apa lagi kononnya macam mereka.

Terbaru, kelompok yang sama, berusaha untuk menghapuskan Akta Hasutan.

Kedua  senario yang dicetuskan di atas, tidak melibatkan masyarakat Sabah dan Sarawak, mereka tenang jak menghadapi sebarang kemungkinan walaupun sebenarnya kurang terjaga.

Mereka tidak tidak pandai malu atau merendah diri kah.? Alahai

Klik link dibawah, artikel ini yang saya maksudkan.

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelajar-pensyarah-um-berarak-bantah-akta-hasutan 


Posted via Blogaway Jals

No comments: