Monday, September 1, 2014

Agak Bersetuju Tapi Tidak 100%, Musa Hitam

Pada satu sudut admin kurang bersetuju dengan kenyataan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ni, Datuk Musa Hitam. Sebab meletakkan kelemahan segelintir pemimpin pada bahu organisasi UMNO/BN secara total.

Sedikit daripada kita yang memahami konsep demokrasi. Berpolitik tanpa kefahaman yang jelas mengenai demokrasi khasnya dari konteks keadilan hanya akan melemahkan parti. Ialah demokrasi bererti hak dan tanggungjawab serta kebebasan itu sendiri. Tanpa prejudis keadilan dan hak di dalam organisasi parti adalah milik semua orang, termasuklah mereka yang tidak ada jawatan di dalam organisasi parti.

Kurang memahami konsep demokrasi ditambah tiada keikhlasan dan dengki akan menyebabkan parti  pemerintah akan dipandang sepi. Jika mereka yang tidak kisah akan masa depan UMNO secara berterusan dibiarkan memegang jawatan di peringkat pertengahan dan akar umbi.

Selain itu kelemahan yang disebabkan oleh faktor jentera parti, kelemahan juga  datang dari beberapa faktor. Ada yang disebabkan oleh sikap pemimpin yang terlalu tamak, melihat masyarakat tetap di takuk lama, tanpa sikit pun memiliki nafsu untuk maju, seperti mana individu individu yang ada di sekeliling mereka.

Tapi dari lain sisi pandang, pemerintahan UMNO/BN secara umum, telah sebenarnya berjaya mentadbir hampir di semua lapisan bermula dari atas hinggalah ke lapisan yang paling bawah.

Apa yang menjadi soal sekarang ini ialah sikap segelintir pemimpin pemimpin BN yang tidak sedar diri, terutamanya individu pemimpin yang berstatus Yb DUN. Cara fikir mereka tetap tidak berubah walaupun majoriti yang mereka rai telah berkurangan berbanding PRU terdahulu.

Lihat saja kemewahan mereka semakin menjolok mata masyarakat. Tidak salah menjadi kaya, luar dari biasa tapi pastikan pula penyokong tegar yang bertanggungjawab memenangkan mereka turut sama diangkat, ini tidak. Adeh.

Susah sudah mahu di cakap, bila kita memperjuangkan hanya batang tu tubuh UMNO/BN, secara langsung kita juga memperjuangkan pemimpin pemimpin DUN tolol ni, walaupun mereka tidak layak untuk dipertahankan. Nampak tak.?


Sukarnya berpolitik di era ini. Mungkin sebab itulah ada sekumpulan remaja belia yang anti pada kerajaan.???

Kesimpulannya kelemahan segelintir pemimpin pemimpin UMNO/BN tidak boleh diletakkan di bahu organisasi UMNO semata-mata, hanya pemimpin berkenaan yang perlu disedarkan agar mereka mengubah sikap.

Klik link di bawah, artikel ini yang admin cuba cerahkan :-

 Musa Hitam dan Putrajaya  


Posted via Blogaway Jals

No comments: