Wednesday, September 3, 2014

Mempersoal Semula Akta ISA Bererti Hipokrit.???

Benarkah ada dakwaan kononnya sebelum akta ISA di hapuskan, tidak ada yang mempersoal agama, bangsa dan sultan, betul kah.? Sebenarnya ada dan banyak tinggal lagi tidak kedengaran sebab tidak heboh maklum pada masa  itu laman sosial seperti Facebook dan Twitter belum lagi wujud atau saja penggunaannya belum menyeluruh, itu yang nampak macam tidak kecoh tu.

Buktinya di era penguatkuasaan akta ISA ada ramai individu yang di cekup dibawah akta berkenaan, sebab menduga agama, bangsa dan sultan. Bayangkan tanpa media maya pun, ancaman boleh kedengaran. Nampak tak.?

Sekali lagi ditegaskan ISA bukannya radar yang boleh mengesan kesalahan yang extrim. Yang paling mustahak ialah keterlibatan keseluruhannya masyarakat dalam mengekang kejahatan dari berleluasa.

Pun begitu masih ada  pihak yang mendesak agar ISA diwujudkan semula. Tapi hanya mengaitkan akta ISA dengan hal  politik tidak pada jenayah lain sepertinya dadah dan lain lain. Ertinya  mempersoal kewujudan semula akta ISA hanyalah sikap Hipokrit tahap tinggi, ingin melihat keamanan tapi hanya dari konteks politik. Perkara lain yang menyumbang kepada Ketidakamanan, biar pihak polis yang menyelesaikannya tanpa perlu menggunakan akta ISA.?

Sebelum mempersoal dengan lebih lanjut harus diketahui. Antara hikmah hasil dari penghapusan ISA ialah pemerintah dapat mengetahui  apa tindakan yang perlu dilaksanakan terhadap kekurangan yang telah dikenal pasti.

Telah membuka peluang dan ruang pada mana mana individu untuk menyerlahkan kemampuan bijak mereka di dalam berpolitik dan kerja kerja kebajikan/keagamaan yang sebelum ini terhalang dek kerana ISA dapat disuarakan, seperti contoh tuntutan penggunaan kalimah Allah, walaupun akhirnya mahkamah memutuskan kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam. Tapi secara tidak langsung pemerintah telah mengetahui apa yang terbuku selama ini. Ketidakpuasan  yang tercetus selepas keputusan Mahkamah, itu terletak di bidang kuasa polis yang sedia ada, yakni melanggar keputusan atau menghina keputusan mahkamah.

Pokoknya, penghapusan akta ISA adalah sama dengan mesin Xray. Kalau memang kalian bijak disini sana.
Pun begitu kita tidak bersetuju dengan penghapusan akta Hasutan walaupun  belum diputuskan. Maksudnya jangan dengar desakan pembangkang, agar akta hasutan di hapuskan. ;-)

Posted via Blogaway Jals

No comments: