Saturday, September 13, 2014

Admin Pages SSKM, Bacul Memperbodoh

Temberang jak admin SSKM ni, mengulas lah apa lah. Konon pasal autonomi Sabah keluar dari Malaysia, walaupun hanya beberapa ketul yang menyokong mereka.

Kurang itu memperbodoh Menteri Datuk Zahid Hamidi lagi, sebab konon sengaja tidak memahami persoalan kenapa agenda autonomi tercetus. Amboi, bukan main lagi ya.

Nampak macam saja pages SSKM ni terbuka di dalam isu politik terutamanya isu yang melibatkan kepentingan Sabah. Tapi pada hakikatnya admin pages ni cukup bacul, hanya  pendapat mereka yang mahu di dengar tapi tidak mahu mendengar pendapat orang lain/masyarakat. Pada masa yang sama mengharapkan keterbukaan sekaligus pemerintah memahami mereka.  ;-)

Tadi pagi kita orang ada melontarkan beberapa komen pada enrty yang admin pages SSKM bangkitkan, tapi selang beberapa minit, kita orang dia blok tidak dibenarkan memberikan sebarang pendapat walaupun pendapat yang kita lontarkan itu tidak pun menyentuh peribadi mana mana individu.

Artikel ini yang kita orang linkkan sebagai komen pendapat tapi sayang admin SSKM memblok kita orang. Bacul, bermaksud pages sengaja diwujudkan untuk mengelirukan masyarakat sekaligus memperbodoh.

 jalsjalin.blogspot.com/2014/09/pemuda-star-kata-sabah-sebuah-negara.html?m=1 

Walaupun kita sedar dan faham, kekuatan puak tu macam juga anjing yang menyalak bukit. Tapi pada satu sudut, sikap mereka yang memblok pengguna Facebook terutamanya diri, adalah tindakan yang tidak profesional. Itu belum lagi mereka menjadi pemerintah negeri, sudah kenampakan sikap autokratik mereka yang tidak sihat. Alahai


Posted via Blogaway Jals

No comments: