Tuesday, September 2, 2014

Tidak Ada Maknanya Sabah Keluar Dari Malaysia

Tidak ada maknanya, mempersoal kedudukan Sabah di dalam Malaysia.

Bukan apa, sedang sekarang ini pun hanya kelompok masyarakat tertentu yang mendapat kelebihan dari dana yang disalurkan oleh Federal apa lagi pentadbiran negeri ini tidak melibatkan Federal.

Makin lah saling berpijakan hanya kerana merebut peluang yang tersedia.

Tutuplah cerita pasal catatan sejarah tu, sekaligus tuntutan autonomi walaupun cukup sekadar sembang di kedai kopi. Kita tidak nafikan tarikh kemerdekaan Sabah ialah pada 31hb Ogos 1963 dan bukannya 1957 tapi hakikatnya  kemerdekaan itu yang di cari bukan apa.

Itulah antara kisahnya kenapa masyarakat Sabah, akhirnya tidak bersultan. Sebab kalau memang ada, nescaya tidak ada kerja lain, asyik saja bercakaran. Sedang baru berpangkat tinggi pun sudah lupa diri, apa lagi menjadi orang kuat kepada Sultan, lagilah.

Untuk itu, demi menjaga keharmonian yang kita kecapi sekarang. Kita berpendapat agar mana mana kelompok individu yang cuba menyemai sentimen kenegerian hingga ada usaha membawa keluar Sabah dari Malaysia, maka wajarlah kelompok berkenaan dipanggil untuk diberikan nasihat. Kalau juga tidak berubah ya, dakwa saja di bawah akta hasutan.


Posted via Blogaway Jals

No comments: