Saturday, September 13, 2014

Pemuda STAR, kata Sabah sebuah negara.???

Entah pemuda dari parti mana tu budak. Kalau tidak silap STAR kot dan berasal dari daerah Tenom. Dia kata Sabah adalah   entiti yakni sebuah negara semasa pembentukan Malaysia.?

Tapi endah saya faham, macam mana ya sebuah negara bersetuju untuk membentuk lagi sebuah negara. Kenapa Sabah tidak saja merdeka sendiri seperti mana Brunei kalau memang Sabah sebuah negara. 

Hakikatnya Sabah merdeka melalui tanah Melayu pada ketika itu. Selain oleh faktor ancaman keselamatan dari negara jiran yang dipanggil konfrontasi. Faktor lain ialah persetujuan sebulat suara dari majoriti masyarakat Sabah menerusi undian yang disaksikan oleh pesuruhjaya Cobbold dari  British. Menurut catatan sejarah, pungutan suara dari masyarakat Sabah sangat perlu sebagai syarat bagi membolehkan Malaysia dibentuk sekaligus membawa Sabah menjadi sebuah negeri yang merdeka, dan semestinya pungutan suara itu perlulah meliputi semua daerah yang ada di negeri pada ketika itu termasuklah  daerah Semporna.

Ini juga membawa erti status Sabah sebagai sebuah negeri adalah sebenarnya atas kehendak masyarakat Sabah itu sendiri.

Entry ini terhasil bila admin menonton sendiri satu rakaman video. Di dalam rakaman berkenaan seorang ketua pemuda STAR yang bernama Hazroy dengan selamba menyatakan kononnya Sabah ini sebuah negara maka itu  perkara Sabah sebuah negara perlu diperdebatkan di sidang DUN Negeri Sabah. Katanya lagi, memandangkan masyarakat muda mudi  telah tahu akan sejarah sebenar kemerdekaan Sabah, maka itu mereka perlu berani.?

Siap berlapik lagi, bahwa kenyataannya itu bukan bertujuan untuk menghasut tapi memperjelaskan kedudukan sebenar. Potongan ;-)

Untuk makluman pembaca, suara sumbang ini datang dari kumpulan kecil di dalam minoriti tapi untuk kepentingan kumpulan besar di dalam majoriti.???  Ini hal yang memelikkan. Sewajibnya perkara ini tidak timbul, sebab kemerdekaan Sabah itu sendiri melalui proses kemerdekaan yang bersifat negeri selepas itu agenda autonomi ini telah di canang sebelum lagi PRU13 berlangsung dengan harapan STAR akan mendapat kemenangan tapi sebaliknya, majoriti rakyat Sabah lebih suka dan selesa memihak BN sekaligus mendukung pentadbiran yang berpusat yakni Federal/Persekutuan.

Nasihat diri sebagai asal, lupakan atau tinggalkan agenda yang tidak mendatangkan untung tu. Kalau memang mahu membela masyarakat Sabah yang  dirasakan telah terpinggir justeru memerlukan pembelaan, iya libatkan mereka dengan pembangunan Perdana. Berusaha ke arah itu, berdiri sebagai masyarakat sivil yang matang ajak masyarakat yang terpalit untuk berbicara soal hak dan keperluan di dalam konteks demokrasi dan polisi pemerintah. Nah barulah nampak melangkah ke hadapan bukan sebaliknya hingga tinggal di belakang. Adeh


Posted via Blogaway Jals

2 comments:

Unknown said...

Negara sabah atau negeri sabah
http://www.negara-sabah.blogspot.com

Unknown said...

Negara sabah atau negeri sabah
http://www.negara-sabah.blogspot.com