Tuesday, September 2, 2014

Husam Musa Takut Kerjasama UMNO dan PAS.

Husam Musa dengan nada yang sinis lagi angkuh, merasakan PAS sudah berada di kemuncak politiknya. Ceritanya, Melayu tidak akan bersatu tanpa adanya kerjasama daripada PAS. Oh ya?

Siap bagi bayangan lagi, konon tujuan utama UMNO mencanang kerjasama dengan PAS hanyalah muslihat politik bagi memudahkan UMNO menetapkan persempadanan pilihanraya. Kenyataan yang berbau propaganda politik yang tidak sihat, pada masa yang sama bertujuan mengekang Ulama Ulama PAS agar selamanya duduk di dalam PR, bersama PKR dan DAP yang menolak agenda PAS.

UMNO punya keprihatinan yang tinggi di dalam memastikan Melayu kekal sebagai sebagai pemilik ketuanan Melayu.

Kerjasama politik yang UMNO  cuba jalinkan bersama PAS adalah untuk menyatukan Melayu yang dilihat semakin parah, hilang taring di bumi sendiri. Sudahlah sektor ekonomi, DAP yang pegang ditambah lagi dengan perpecahan. Bukan kah ini sejenis kelemahan yang perlu ditangani supaya tidak memudaratkan sekaligus membinasakan Malaysia.?

Halangan kerjasama oleh Husam Musa  juga bermaksud kalau yang sebenarnya PAS tidak memiliki kekuatan politik, sebab kalau memang memiliki berkemampuan dan berbangga dengan dapatan undi popular pada PRU13 yang lepas. Tidak perlulah PAS menyimpan rasa takut persempadanan semula tu.

Malah tidak semestinya kalau persempadanan semula berjaya di buat, maka UMNO dengan mudah mendapat kemenangan. Semakin sempit ruang UMNO berpolitik semakin itu potensi UMNO akan berkurangan.

Husam Musa, tidak perlu berpolemik dengan hal yang hanya menampakkan kementahan PAS di dalam politik.

Takut berkerjasama hanya kerana persempadanan semula.? Lemah, maksudnya tu.  

Klik link artikel dibawah ini. Artikel ini yang admin cuba cerahkan.

Husam takut kerjasama dengan UMNO  


Posted via Blogaway Jals

No comments: