Thursday, September 18, 2014

Azmin, Menteri Besar Selangor Yang Baharu.?

Sungguh kah ya, Azmin Ali bakal diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.?

Khabar angin ini bertiup kencang.

Kalau benar ini berlaku, semakin parahlah perpecahan dalaman PKR, sebab  sebelum ini di dalam organisasi PKR itu sendiri ada dua khem politik diantara Azmin dan Wan Azizah/Nurul. Selain Rafizi yang sering berbeza pendapat  dengan Azmin Ali.?

Kita yakin faktor yang menyebabkan Azmin Ali menjadi pilihan utama ialah kerana PAS ada menyenaraikan nama Azmin sebagai calon ganti untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pun begitu Setiausaha sulit sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, tidak pula mengesahkan perlantikkan berkenaan secara detail, sepertinya siapa kah individu berkenaan. Apa yang pasti permakluman rasmi akan di umumkan pada selasa ini sekitar jam 10. 30.pagi

Lain cerita, apa dengan itu formula langkah Kajang telah berakhir.?

Kita tunggu lihat. Pening kita oleh konflik di negeri Selangor ni. Adeh :)


Posted via Blogaway Jals

No comments: