Thursday, September 4, 2014

PAS Haji Hadi, Mahu EXCO PAS Yang Menjadi Menteri Besar Selangor


Hari ini dengan rasminya sekaligus mengesahkan spekulasi yang mengatakan PAS tidak berani menentang ketetapan kompenan PR terutamanya Anwar, terhadap pencalonan Menteri Besar Selangor adalah tidak benar. Sungguh  memang PAS berani menentang PKR dan DAP.

Dilaporkan PAS telah menghantar tiga calon mereka sebagai Menteri Besar Selangor, ketiga tiga calon berkenan berjawatan EXCO PAS sekaligus menafikan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Dengan ini, bukan hanya  Anwar yang menerima malu tapi juga segelintir pemimpin PAS. Sebelum ini Husam Musa, lantang memperlekeh kerjasama antara UMNO dan PAS, seolah olah pemimpin PAS tidak ada pendirian dalam menentukan hala tuju PAS itu sendiri. Maksud saya, pemimpin ulama PAS mempunyai pendirian yang tersendiri demi masa politik mereka .

Tidak terikut rentak hasil momokkan pemimpin muda PAS yang anti pada perpaduan bangsa dan kesinambungan agama Islam, yang takut dengan bayangan UMNO. 

Tidak pula bererti dengan ini PAS akan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO, apa yang saya maksudkan disini ialah prinsip di dalam berpolitik, ketegasan menafikan PKR.

Tunggu dulu, apa sungguh perkhabaran ini benar.? Tidakkah ini membawa perpecahan di antara PAS dan kompenan PR.?

Mari kita tunggu dan lihat ya.

PAS mahu exco jadi Menteri Besar Selangor  


Posted via Blogaway Jals

No comments: