Tuesday, September 2, 2014

Sidang Media DAP Demi Usah Menawan Sabah

Sidang media DAP bagi tujuan menawan politik BN di negeri Sabah. Bertitik tolak dari sini, BN harus lebih giat dalam memastikan BN kekal relevan pada pendapat masyarakat Sabah.

Jangan saja nampak kuat hebat, tapi sebenarnya jagoan kampung. Sedangkan BN di kawasan bandar dan separa bandar semakin dinafikan. Malu kita, ubah cara berpolitik, ada ramai lagi masyarakat Sabah yang sayangkan BN jangan kerana kebebalan sekelompok pengamal politik, masyarakat marhaen turut terkesan.

Mari kita baca......

SIDANG MEDIA DAP.

Pada 01 SEPT 2014 jam 0930 hingga 1000 bertempat di Ruang Makan, Hotel Shang Ri La, Bandaran, KOTA KINABALU satu sidang media DAP telah diadakan.

Kehadiran.

Seramai 7 orang Ahli JawatanKuasa DAP Pusat, Negeri dan ahli DAP telah hadir semasa sidang media tersebut. Antara individu yang dikenali hadir dalam sidang media adalah : -

a. LIM KIT Siang - Penasihat Parti DAP

b. DIANA SOFYA - Setiausaha Sulit Penasihat DAP / Bekas calon DAP Parlimen TELUK INTAN.

c. JIMMY WONG - Pengerusi DAP SABAH.

d. EDWIN BOSI - Setiausaha DAP SABAH.

e. WONG THIEN Fat - Tim DAP SABAH

Sidang Media.

a) DIANA SOFYA dalam sidang media menyatakan :-

- Lawatan pertama ke sabah sebagai kempen pergerakan impian MALAYSIA berkerut generasi baru menyertai perjuangan ke atas hak pribumi sabah.

- Tunku ABD RAHMAN telah menggariskan hak hak rakyat SABAH dalam batu bersumpah tetapi sehingga kini tiada keadilan yang diperoleh seperti timbul isu kalimah Allah, rampasan bible.

- Generasi muda harus mengetahui sejarah pembentukan MALAYSIA terutamanya Batu Sumpah supaya mereka bukan menjadi generasi menurut perintah.

- Generasi muda harus berjuang untuk hak bukan hanya mengharapkab orang asal SABAH saja tetapi merangkumi seluruh MALAYSIA untuk menentang kerajaan rasuah.

- Generasi muda seharusnya tidak hanya memberikan komen dalam media sosial sebaliknya bangun. 3 billion pengundi muda di MALAYSIA mampu menentukan hala tuju kerajaan MALAYSIA.

- DAP menggunakan media sosial generasi muda melawat pedalaman SABAH, SARAWAK dan pahang dengan menyalurkan kemudahan air graviti jambatan dan tandas.

- DAP hanya menekankan kepada kemudahan asas dan belum mampu menyalurkan sepenuhnya.

b) JIMMY WONG -MP KK dalam sidang media menyatakan :-

- Rakyat MALAYSIA yang lahir selepas 1963 merupakan generasi baru yang mampu membawa perubahan bukan saja penduduk SABAH turut melibatkan SARAWAK.

- Program impian SABAH akan menrekrut  dan mendaftar golongan muda sebagai sukarelawan yang kini mencecah ratusan ahli di seluruh MALAYSIA.

- Tujuannya ialah bergerak ke pedalaman iaitu dikawasan PITAS,PULAU BANGGI, TENOM untuk menyalurkan kemudahan asas.

- Impian SABAH menekankan isu kemudahan asas di kawasan pedalaman dan kita memerlukan generasi muda seperti DIANA SOFYA.

- Batu sumpah menunjukan 3 perkara asas pribumi SABAH iaitu kebebasan, hak ke atas tanah dan menghormati budaya asal. Namun kerajaan seperti ingin melupakannya.

- Penjualan baju T Shirt yang mengandungi gambar Batu Sumpah sebagai membuka mata rakyat SABAH.

-  Batu sumpah di keningau harus dibuka lawatan awam agar penduduk SABAH lebih mengetahui kandungan perjanjian batu sumpah.

c) LIM KIT Siang dalam sidang media menyatakan :-

- Mempertikaikan tindakan Ketua Polis Negara atas insiden penahanan 154 org PPS pada pagi 31 ogos 2014 di pulau pinang. Tindakan ini ternyata bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri yang ingin mengujudkan keharmonian, perpaduan di MALAYSIA.

-  Mempersoalkan bahawa adakah Perdana Menteri akan berdiam diatas insiden tangkapan yang berlaku di PULAU PINANG kerana ia mampu membuat beliau akan diketawakan oleh masyarakat dunia.

- Impian SABAH di keningau baru baru ini DAP telah melancarkan 3 kempen iaitu batu sumpah dimana masih ramai penduduk SABAH tidak mengetahui mengenai kandungan batu sumpah, insiden 1966 dan pendatang asing.kempen ini diketuai oleh PETER SAILI.

- Kempen mengesa keputusan RCI dikemukakan dimana cobbold commission report 1962 iaitu perjanjian pembentukan MALAYSIA hanya mengambil masa 7 bulan untuk dikemukakan namun keputusan RCI yang telah mencapai tempoh 2 tahun setengah dari kelulusan parlimen belum ada keputusan dikemukakan.

- Pada tahun 2012 Perdana Menteri mendakwa bahawa MALAYSIA merupakan negera demokrasi terbaik didunia tetapi sehingga kini ianya antara demokrasi yang cukup membimbangkan didunia.

4. Semasa sidang media diadakan DAP telah menunjukkan baju T Shirt berwarna putih lengan pendek yang tertera gambar batu bersurat yang akan dijual kepada kepada rakyat SABAH.

Ulasan.

5. Sidang akhbar oleh pemimpin DAP adalah lanjutan dari program impian SABAH yg di langsungkan di Keningau.

6. Antara penekanan ialah berhubung gerakan kempen Batu Sumpah yang membawa kepada kesedaran autonomi SABAH.

7. Selain itu, program impian SABAH merupakan pendekatan DAP dalam menarik pengundi luar bandar melalui penyaluran bantuan berupa kemudahan asas. DAP akan merekrut seberapa ramai pengundi muda di SABAH.  Selain itu, isu penangkapan 154 ahli PPS di pulau pinang turut dibangkitkan dimana disifatkan mencabuli demokrasi di Malaysia. Secara keseluruhannya, DAP berusaha membangkitkan soal autonomi SABAH dengan menggunakan medan Batu  Sumpah yg terletak di KENINGAU  bagi menyemarakkan dan membakar semagat rakyat SABAH akan melakukan  tuntutan kepada kerajaan BN.


Posted via Blogaway Jals

No comments: