Friday, August 29, 2014

Tugas Peguam Negara Dakwaan Zainuddin Maidin

 
Tidak salah pihak Istana membuat laporan polis keatas pengendali akaun Facebook "Chandra Lawan Tetap Lawan" yang telah memperlekeh/menghina, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Selepas pihak istana membuat laporan polis, barulah Peguam Negara boleh mengambil tindakan susulan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan yang merujuk sebagai tanggungjawab Peguam Negara.

Peguam Negara, hanya membawa membawa prosiding atau mempertahankan prosiding bukannya menjaga mana mana agensi daripada di perlakukan oleh mana mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekaligus membuat laporan polis pihak mereka.

Jadi dalam hal ini, tidaklah wajar kalau Peguam Negara dipersalahkan. Seperti dakwaan bekas Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin, di dalam blog nya.

Klik link di bawah, artikel ini yang admin cuba cerahkan.

bila-istana-negara-sendiri-tidak 

Sebagai pencerahan mari kita rujuk, antara tugas/tanggungjawab Peguam Negara dan yang paling umum yang terkandung di dalam Perlembagaan sebagai tanggungjawab Peguam Negara Malaysia. Tapi ini pun tidaklah menyebut Peguam Negara yang perlu membuat laporan polis jika ada pihak yang memperlekeh mana mana badan negara :-

2. Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana
Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-
undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau
Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

3. Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

Klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut antara tanggungjawab Peguam Negara Malaysia.

 Prosedur Peguam Negara Malaysia  


Posted via Blogaway Jals

No comments: