Thursday, August 28, 2014

Permintaan 3 Azmin Ali, Mungkin Kerajaan Layan.???

Pada 08hb Mach yang lalu mahkamah rayuan telah menjatuhkan hukuman penjara selama tempoh lima tahun selepas Anwar Ibrahim di dapati bersalah melakukan liwat bersama Saiful Bukhari.

Pun begitu, Anwar Ibrahim telah membuat permohonan prosiding rayuan bagi mengenepikan hukuman yang telah dijatuhkan dan tarikh mendengar prosiding rayuan Anwar berkenaan telah ditetapkan pada 28hb Oktober ini.

Oleh itulah Azmin Ali telah membuat permintaan terhadap PM Najib Razak, semasa perbicaraan prosiding rayuan berlangsung, antaranya :-

(Permintaan ini  bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat agar berburuk sangka terhadap pemimpin pemimpin pemerintah dengan itu akan mencetuskan ketegangan dikalangan masyarakat).

1. Menggugurkan semua peguam pendakwaraya yang kononnya berjiwa UMNO.

2. Menggugurkan dakwaan terhadap peguam peguam Anwar Ibrahim.

3. Menyiarkan secara langsung di kaca Tv, semasa prosiding rayuan berlangsung.

Wah, sangat tidak masuk akal. Macam mana dia tahu kalau peguam pendakwaraya berjiwa UMNO.?

Macam mana menarik balik dakwaan terhadap peguam Anwar, kalau kenyataan yang mereka keluarkan berbau fitnah.? Apa lagi kenyataan yang mereka keluarkan berlaku di luar mahkamah dan kenapa diluar mahkamah.?

Apa keperluannya, siaran langsung perlu diadakan sedang  ketika prosiding di jalankan pemimpin dan penyokong  boleh hadir di mahkamah bagi menyaksikan prosiding tersebut, termasuklah diri Azmin Ali kalau dia mahu.?

Saya ingat permintaan Azmin Ali ini hanyalah helah, supaya mahkamah rayuan dinilai sebagai badan kehakiman negara yang tidak adil sekaligus tidak boleh dipercayai dan apapun keputusan mahkamah terhadap Anwar perlu disanggah dengan apapun cara walaupun  boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni di kalangan masyarakat Malaysia, yang akan mengundang pihak ketiga bagi menyelesaikannya.

Walau bagaimanapun, kemungkinan besarnya pemerintah akan melayan tuntutan ke tiga yakni berkaitan penyiaran secara langsung prosiding berkenaan, kalau nanti pihak mahkamah membenarkannya. Seperti mana gambar diatas.

Klik, link di bawah. Artikel ini yang admin rujuk untuk di persoalkan.

 Tiga tuntutan semasa prosiding  


Posted via Blogaway Jals

No comments: