Monday, August 18, 2014

Nik Aziz Bertegas Mengekalkan Dua Calon

KOTA BHARU 18 Ogos - Pas masih kekal dengan keputusannya untuk menyenaraikan dua nama iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi...........

Pasti kenyataan Pemimpin tertinggi PAS  bercanggah dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh pemimpin PR dimana mereka telah mengambil ketetapan hanya mencalonkan Wan Azizah sebagai calon ganti Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini kita keliru, sebab Majlis Syura PAS telah juga  mengambil ketetapan akan mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, tapi berubah bila Haji Hadi mengumumkan pendirian PAS, dimana PAS menyokong Wan Azizah dan seorang lagi calon yakni Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Pun begitu, barisan pemimpin PR yang menyokong Anwar telah bermesyuarat, mereka hanya menyokong seorang calon tunggal yakni isterinya Wan Azizah.

Ekoran itu pengumuman Haji Hadi,  Nik Aziz bersetuju tapi dengan bersyarat, PR perlu menerima cadangan PAS agar dua calon yang dicadangkan oleh Haji Hadi diterima pakai untuk dimajukan kepada pengetahuan Baginda Sultan.

Anwar vs Nik Aziz.?


Posted via Blogaway Jals

No comments: