Wednesday, August 27, 2014

Anwar Bukan Pengamal Nepotisme.???

Apa yang tidak benar dengan dakwaan PM Najib Razak pasal amalan nepotisme dan yang sebenarnya oligarki oleh Anwar Ibrahim. Sebab mencalonkan isterinya, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Anwar konon terkejut dengan dakwaan itu sebab katanya Wan Azizah layak sebagai Menteri Besar Selangor memandangkan Wan Azizah adalah Presiden PKR. Sebab itulah katanya tidak timbul istilah nepotisme.

Anwar Ibrahim ni memusing lagi. Memang Wan Azizah menjawat Presiden PKR. Tapi apa hubungan Wan Azizah dengan dirinya dan bagaimana Wan Azizah menyandang jawatan Presiden PKR. Ini menjadi soal dalam konteks nepotisme.

Jawatan Presiden PKR itu datang dari pengaruh politik Anwar Ibrahim yang pastinya menggunakan pelbagai helah untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR atas matlamat tertentu di dalam politik. Boleh saja Anwar menggunakan pelbagai taktik selain pengaruh yang ada pada Anwar itu sendiri. Mendesak adalah taktik yang kerap digunakan oleh Anwar. Lihat nasib chegubard, dia tersingkir kerana desakan Anwar.

Masyarakat tahu akan perkara ini. Alasan sebab Wan Azizah berkelayakan adalah kelakar.

Siapa Azizah tanpa Anwar dan apa hubungan Azizah dengan Anwar. Kenyataan ini sudah cukup menyatakan kalau Anwar pengamal nepotisme terbuka.

Klik link di bawah, artikel ini yang admin bidas.

 Anwar nafikan nepotisme  


Posted via Blogaway Jals

No comments: