Monday, August 25, 2014

Krisis Kepimpinan Shafie vs Musa.?

Ucapan politik oleh pemimpin dari pihak sebelah yang mempersoal kepimpinan satu satu pemimpin. Sedang masyarakat  maklum akan perkara itu sebagai krisis kepimpinan diantara dua pemimpin. Pasti menimbulkan tanda tanya.

Ertinya politik di negeri Sabah ini sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan, yang perlu diselesaikan demi kebaikan parti sekaligus masyarakat Sabah itu sendiri, begitu.?

Isunya disini, untuk apa  kenyataan yang sedemikian  ditimbulkan di dalam ucapan politik. Apa krisis ini perlu di selesaikan, agar negeri Sabah tidak binasa, begitu.?

Tiada rahsia antara kita. Perkara yang tersirat di sebalik ucapan Datuk Masidi Manjun seperti yang di sisip ditujukan kepada  Shafie dan Musa. Betul tidak.?

Saya juga tidak faham, kenapa  ditimbulkan di dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO peringkat Ranau yang sepatutnya diambil kesempatan untuk menyuntik rasa perpaduan di kalangan ahli parti. Ini tidak, malah.

Akhirnya biar saya yang memberikan nasihat, kepada Datuk Masidi Manjun.

Jangan timbulkan konflik hanya kerana politik, tumpukan kepada pembangunan negeri Sabah. Sabah ini sudah terlalu jauh di belakang dari konteks pembangunan berbanding negeri negeri yang ada di Semenanjung dan Sarawak.

Kalau memang kekuatan dua pemimpin ini diukur, siapa diantara mereka yang berkelebihan maka jawapannya telah lama tersedia, itu keputusan keputusan rasmi yang tercatat di dalam organisasi UMNO.

Tiada benci antara kita ;-)


Posted via Blogaway Jals

No comments: