Sunday, August 24, 2014

Adik Beradik Dalang Kepada Penculikan Di Semporna dll

Esscom atau saja Agensi keselamatan telah mengenal pasti kumpulan individu yang dipercayai sebagai penculik yang selama ini menjalankan aktiviti mereka di sepanjang pantai  timur Sabah khasnya perairan laut Semporna.

Dua individu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan yakni adik beradik, mereka ialah

Bodong bin Muktadil dan Nikson bin Muktadil.

Dua suspek ini dipercayai pernah tinggal di Kampung atas air yang ada di sekitar daerah Semporna.

Melihat pada rupa paras dua penculik ini, mereka berketurunan/berbangsa antara Bajau Sibaud atau  Bajau Samboangan berasal dari Selatan Philippines tapi pula kalau menurut pada nama mereka, mereka berbangsa Suluk.

(Kalau mereka berbangsa Bajau Sibaud atau Samboangan, nah itu mereka yang sering berkeliaran di Pekan Pekan utama seperti Semporna dan bandar bandar utama di negeri Sabah. Sebagai peminta sedekah dan pencuri/penipu.)

Kalau di Semporna mereka ini tinggal di Kampung Halo, berhampiran Kampung Bangau Bangau dan Kampung Panji.

Pun begitu jangan dek perkhabaran ini, kita menghukum bangsa mereka sebagai jelek secara keseluruhannya hanya kerana dua individu ini dan mereka yang bergiat dengan aktiviti kejahatan. Ada ramai di kalangan bangsa mereka yang budiman.

Pernah saya katakan hal ini dulu lama,  bagaimana untuk mengatasi kebobrokan yang sering menghantui tapi datang dari dalam. Kalian boleh cari solusi yang saya maksudkan di blog ini, scroll lah ;-)

Klik, artikel yang saya rujuk untuk di cerahkan :-

 Penculik dikenal pasti  


Posted via Blogaway Jals

No comments: