Friday, August 15, 2014

Selangor, PAS Mesti Menyokong Khalid.???

Konflik di Selangor. Merujuk pada kenyataan  Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini, yang mendesak agar organisasi PAS dengan secepat mungkin memaklumkan sokongan mereka terhadap pencalonan Wan Azizah. Tapi hingga sekarang keputusan rasmi PAS belum  kedengaran walaupun cukup dengan bayangan dari kepimpinan tertinggi pusat.

Dan keadaan ini, kalau menurut kenyataan terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang, ia adalah tanda awal bahwa PAS tidak akan memberikan kerjasama dalam hal berkenaan. Atau kalau pun akhirnya PAS memberikan sokongan, sokongan yang diberikan adalah sekadar sokongan biasa yang tidak ada komitmen, besar kemungkinannya akan timbul persoalan yang menggugat kerjasama mereka di dalam PR. Ini yang tersirat di sebalik desakan Ketua Menteri Pulau Pinang, sebelum ini.

Oleh itulah pemimpin PAS harus bertegas mempertahankan keputusan Majlis Syura PAS sebelum ini yang menolak pencalonan Wan Azizah sekaligus menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, secara tidak langsung menjalinkan hubungan politik dengan UMNO walaupun tidak secara rasmi.

Dengan berbuat demikian, halangan halangan politik dari DAP atau PKR yang bertujuan menghalang agenda keagamaan oleh PAS akan berakhir.

Soal potensi UMNO dan Khalid, bergantung pada keperluan dan kerja politik semasa hasil cetusan oleh lawan politik yakni PKR dan DAP di mana masa yang akan datang. Titik, cukup untuk setakat ini. :)

Sedikit, bererti PAS mesti mempertahankan Keputusan Majlis Syura PAS sebelum ini.!!!. Ingat ia adalah penanda aras kepada kredibiliti pemimpin pemimpin PAS dari konteks konflik di Selangor.


Posted via Blogaway

No comments: