Friday, August 15, 2014

Pesanan Khutbah Pada Hari Ini.

Tadi mendengar khutbah Jumaat dengan agak khusyuk. Kematian bererti berakhirnya kehidupan di dunia tapi permulaan hidup di akhirat.

Isi khutbah seperti ini yang perlu kerap di sampaikan oleh para khatib di setiap hari Jumaat. Bukannya hal hal yang hanya bertitik tolak soal perpaduan atau saja keselamatan sedang akidah sebahagian masyarakat muda sudah lari dari mengingati Allah.

Sebab itulah walaupun pelbagai usaha dilaksanakan termasuklah menganjurkan pelbagai pesta keriangan yang bertujuan untuk memupuk kekitaan, nampaknya kurang memberikan kesan malah mungkin meninggalkan kesan yang negatif. Kenapa sebab, akhirat tidak lagi dilihat sebagai tujuan hidup di dunia.

Pun begitu, tidaklah bermakna anjuran yang bersifat duniawi dilarang sama sekali tapi  haruslah di selang selikan dengan pesanan pesanan Ketuhanan, tidak perlu menganjurkan secara mega tapi cukup pesanan biasa tapi tepat pada tempat dan masanya.

Jangan biarkan generasi ini mewarisi pemikiran jelek yang ada pada kita. Tidak semua kebobrokan yang kita hadapi datang dari diri kita tapi keprihatinan masyarakat sekeliling yang sudah tidak ada.


Posted via Blogaway

No comments: