Saturday, August 30, 2014

Surat Untuk Lim Kit Siang Daripada Penyokong PR

Tadi kan, saya  membaca surat politik yang agak panjang dari seorang penyokong PR kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Individu pengirim meminta pemimpin DAP  mengambil sikap sebagai orang tengah yakni pendamai kepada konflik yang berlaku di negeri Selangor, konflik  telah bertukar kepada pergeseran diantara pemimpin PKR dan PAS, hanya kerana isu pencalonan Wan Azizah yang kurang mendapat kerjasama daripada PAS.

Pengirim meminta Lim Kit Siang tidak memihak kepada mana mana parti PR, sebab risau kalau PAS merasa terpinggir lalu berkerjasama dengan UMNO. 

Untuk pengetahuan pembaca, pengirim berkenan berbangsa Melayu, yang katanya mencintai negara Malaysia. Tapi menolak UMNO berbanding DAP yang jelas menolak agenda Islam sekaligus berusaha menggagalkan kontrak sosial.

Antara kesimpulan dari surat berkenaan. Pengirim seorang yang berbangsa Melayu yang tidak memegang apa apa jawatan dimana mana organisasi parti tapi menolak UMNO malah sanggup menasihati pemimpin DAP agar bertindak sebagai hero, bererti berusaha meletakkan pemimpin DAP di tingkat yang tinggi, sekaligus bakal dinilai sebagai hero dikalangan penyokong PR.

Kenapa komitmen mereka/individu berkenaan terlalu tinggi  mahu mempertahankan PR sedangkan UMNO juga menjaga kepentingan semua bangsa yang ada di Malaysia.?

Apa masalahnya kalau PAS bekerjasama dengan UMNO.?

Apapun alasannya, UMNO perlu mengambil iktibar dari surat ini yakni kesetiaan dan rasa sayang penyokong terhadap parti mereka. Bagaimana untuk mencetuskannnya.

Klik link artikel dibawah, artikel ini yang admin cuba cerahkan :-

 Surat untuk Lim Kit Siang  


Posted via Blogaway Jals

No comments: