Monday, August 18, 2014

Nik Aziz Mahu Dua Calon Sebagai Ganti.?

Keputusan Nik Aziz mempertahankan dua calon gantian sebagai Menteri Besar Selangor hasil ketetapan PAS pusat, sungguh diberikan perhatian yang agak serius untuk dipertahankan, walaupun pada dasarnya PAS bersetuju untuk tidak mempertahankan Khalid Ibrahim . Tapi setuju pada dua calon yang di cadangkan oleh Haji Hadi yakni Wan Azizah dan Azmin Ali.

Walau bagaimanapun mengikut kehendak Anwar Ibrahim, calon ganti hanyalah tunggal iaitu Wan Azizah. Macam mana tu.?

Isunya apa, Nik Aziz akur dengan ketetapan Anwar Ibrahim hanya meletakkan satu calon bererti buat yang sekalian kalinya menafikan keputusan Majlis Syura.???

Lalu bagaimana pula dengan Baginda Sultan Selangor, apa baginda berkenan.? Ingat Wan Azizah adalah pengguna kod 71 pada mykad nya sebagai orang luar dari Selangor. (sejujurnya saya melihat persoalan yang melibatkan Sultan ini tidak lah menjadi masalah, maksud saya tidaklah mendapat halangan yang begitu ketat)

Sebelum ini kita mengkritik keras Ketidak tetapan Majlis Syura PAS dalam  mempertahankan ketetapan mereka yang memihak Khalid Ibrahim tapi sebaliknya apa bila Haji Hadi mengumumkan keputusan PAS terhadap konflik di negeri Selangor di satu sidang media pada 17hb Ogos lepas.


Posted via Blogaway Jals

No comments: