Monday, August 25, 2014

Peniaga Beroperasi Di Lot Parking Kereta?

Gambar diambil dari pengguna Facebook (berbangkit)

Gambar diambil di hadapan  pasar Ikan dan sayur daerah Semporna. Dan telah menjadi isu di ruang maya.

Gerai berkenaan beroperasi di petak tempat letak kereta hingga menyusahkan pengguna kereta yang berkunjung ke pasar berkenaan. Sebab itulah ia menjadi isu hangat hingga  mendatangkan amarah pada segelintir individu.

Pun begitu, pasti ada sebabnya kenapa keadaan ini terjadi. Jangan hanya menyalahkan sebelah pihak.

Ada banyak kok kebobrokan yang berada di dalam pengetahuan kita, tapi kita sendiri tidak jelas kenapa boleh jadi begitu, oleh itulah kita tidak boleh sangat menghukumnya sebagai salah yang amat melebihi perkara yang jelas salah dan
memudaratkan. Ada kebobrokan yang disebabkan oleh dua faktor yang saling memerlukan, yakni faktor ekonomi yang memberikan kesan positif terhadap sekeliling dan tuntutan kehidupan.

Di Pulau Pinang pemandangan seperti ini ada berlaku, tinggal lagi ia dibenarkan secara sah dengan syarat mematuhi waktu perniagaan yang telah ditetapkan. Kebenaran urusniaga itu disebabkan oleh kelengkapan prasarana yang tidak mencukupi, atau boleh saja sengaja diwujudkan untuk menjana pendapatan PBT dan masyarakat marhaen itu sendiri.

Bermaksud ada perkara yang perlu difahami sebelum dibetulkan, apa lagi melibatkan hal kemanusiaan secara umumnya.

Pun begitu kita tidak menolak, adanya unsur salah guna kuasa oleh kelompok individu tertentu yang berada di dalam agensi Majlis, tapi kita tidak pasti siapa mereka secara khusus. Buktinya, pendapatan tahunan Majlis jauh rendah  atau boleh saja  rugi setiap tahun berbanding Majlis Daerah Kunak, sedangkan daerah Semporna jauh lebih maju berbanding daerah Kunak. Ini juga sejenis kebobrokan yang perlu ditangani, kenapa dan mengapa sekaligus apa hubung kaitnya dengan kelompok penjaja seperti yang disebut diatas.

Sekarang kita sudah jelas, kenapa dan mengapa pemandangan ini menjadi sebahagian dari landskap di Pekan Semporna. Ada faktor yang menyebabkannya.

Nah, sekarang ini apa yang kita boleh cadangkan dan pihak yang bertanggungjawab perlu laksanakan, agar persoalan yang berbangkit dapat diselesaikan dalam erti kata yang sebenarnya.? Bukan hanya pada himpitan ini tapi bertitik tolak dari sini, dalam  memakmurkan ekonomi daerah Semporna, sekaligus penyelesaian yang bersifat jangka panjang.

Jangan beremosi, sebab ia bukan jalan penyelesaian yang kita cari. Ada cara lain yang lebih menepati dan bersesuaian dengan persoalan ini.

(pasar baharu sedang dalam proses pembinaan, jangan di lupa agar pendapat dan hujah tidak ke LAUT)


Posted via Blogaway Jals

No comments: