Saturday, August 9, 2014

Pendirian Majlis Syura Pasal Khalid Tapi Anwar.????

SHAH ALAM: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan adakah Majlis Syura Ulamak PAS turut berbincang mengenai isu liwat dan salah guna kuasa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, salah seorang mangsa liwat Anwar telah melakukan sumpah sebanyak dua kali termasuk salah satunya di hadapan Kaabah.

“Kenapa PAS masih mempertahankan Anwar. Tidakkah Majlis Syura Ulamak PAS membaca penghakiman yang telah dibuat oleh hakim di Mahkamah Rayuan?

“Liwat sebenarnya berlaku dan apakah nak tunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan?” ujarnya dalam satu kenyataan.
Ibrahim menjelaskan, apa pun, liwat adalah satu perbuatan yang sangat keji dan dalam Islam, Nabi Muhammad SAW pun tidak mengaku sebagai umat.

“Saya percaya Majlis Syura Ulama PAS tahu hal ini dan lebih arif. Cuma pada pemimpin PKR dan DAP mungkin mereka semua bersih apatah lagi Anwar.
“Orang lain semua kotor dan tidak betul. Mahkamah tidak betul jika geng merek didapati bersalah.
“Mereka boleh hukum orang tapi orang tak boleh hukum mereka. Mereka terlalu bersih,” ujarnya.

Katanya lagi, inilah sandiwara atau wayang politik sehingga ajaran agama tidak lagi dipedulikan.
“Semoaga Majlis Syura Ulama PAS konsisten dan tidak mengeluarkan pendirian atau fatwa yang ‘terpilih’ sahaja mengikut selera politik dan tidak pada ajaran Islam.

Dalam pada masa yang sama, Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada Majlis Syura Ulamak PAS kerana membuat ketetapan bahawa Khalid Ibrahim boleh kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana belum ada hitam putih mengenai tuduhan terhadap integritinya oleh SPRM atau mahkamah.

“Ertinya, seseorang itu hanya boleh dikatakan bersalah sesudah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Khalid belumpun disiasat malah belum tahu pun samaada mempunyai kes ataupun tidak.
“Takkan nak terima bulat-bulat laporan Setiausaha Agung PKR,” katanya.

Sumber FMT.

Majlis Syura PAS sependapat, tidak ada sebab kenapa Khalid Ibrahim perlu di gantikan. Titik

Tapi PKR kata, Majlis Syura berpendapat sedemikian sebab mereka belum menerima surat hitam putih pasal kebobrokan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Dan sekarang pentadbiran PKR pusat telah menghantar tunjuk sebab, kenapa Khalid wajar disingkirkan. Adakah dengan ini Majlis Syura akan menukar pendirian mereka.?

Tapi yang pelik Majlis Syura PAS juga pasti tahu berkenaan salah laku Anwar yang telah di dapati bersalah oleh Mahkamah berdasarkan bukti bukti sahih (bukti hitam putih) yang boleh dipercayai. Tapi kenapa ia tidak diangkat sebagai faktor dalam menilai keintegritian Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang layak.

Apalah sangat dengan surat tunjuk sebab yang dihantar kepada Khalid berbanding dokumentasi mahkamah. Betul tidak.?

Dalam hal ini saya menyokong kenyataan Ibrahim Ali.


Posted via Blogaway

No comments: