Sunday, January 5, 2014

Politik DAP Maka Itu Perlu Diambil Iktibar

Apapun yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang, DAP tetap akan mendapat kemenangan di mana mana PRU. Jangan dok membazir disana, DAP lagi tegar dalam mengamalkan politik wang dan perkauman.

Senario ini akan berlaku di mana mana negeri andai DAP yang memerintah walaupun majoritinya berbangsa Melayu. Politik DAP tidak retorik bila  sudah berkuasa apa lagi mereka hanya menguasai negeri, maka mereka akan menunjukkan keupayaan mereka sebaik mungkin. Kekuatan ekonomi yang mereka ada akan digunakan dengan sepenuhnya sebagai senjata politik yang paling ampuh. Apa lagi  kita Melayu suka pada peluang berekonomi yang tidak banyak songehnya.

Maka itu pemimpin pemimpin Melayu yang menguasai DUN harus bersikap seperti mereka, jangan leka anggap saja negara ini sedang diancam dari pengaruh DAP yang agak cemerlang bila sudah berkuasa. Kalau tidak percaya lihat saja premis yang di miliki oleh mereka berbanding dengan Melayu yang mana lebih selesa untuk di kunjungi lagi menawarkan kualiti yang berpatutan.

No comments: