Thursday, January 16, 2014

KKLW Akan Mengulangi Kecemerlangan

 PUTRAJAYA - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana dan sosio ekonomi masyarakat luar bandar dalam usaha merapatkan jurang kemajuan antara bandar dan luar bandar.Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata seperti mana tahun lepas, kementeriannya akan terus menggandakan usaha bagi mencapai prestasi dan pencapaian melebihi sasaran yang ditetapkan.Katanya prestasi cemerlang tahun lepas membolehkan kementerian itu terus kekal sebagai kementerian terbaik dalam menguruskan perbelanjaan projek pembangunan dan pengurusan pentadbiran."Tahun lalu kementerian ini telah menduduki tempat pertama bagi anugerah kategori pencapaian paling konsisten dalam memastikan projek yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual atau mendahului jadual, selain mencatat perbelanjaan lima kementerian terbaik pada setiap bulan."Kita mahu lebih banyak dilakukan tahun ini termasuk memberi tumpuan meningkatkan pendidikan anak-anak muda, melahirkan lebih ramai usahawan luar bandar, melahirkan modal insan berguna," katanya ketika berucap pada majlis 'Malam Gemilang' kementerian itu di sini hari ini.Sebagai contoh, Shafie berkata pencapaian penyediaan jalan luar bandar bagi tahun lepas ialah sepanjang 694.65km (157.54 peratus) melebihi sasaran ditetapkan iaitu 441km.Selain itu, katanya, antara projek kementerian yang telah mencapai sasaran lebih daripada ditetapkan ialah penyediaan bekalan air luar bandar kepada 31,004 rumah berbanding sasaran 24,000 rumah.Bekalan elektrik luar bandar kepada 19,865 rumah (sasaran 19,811 rumah); program bantuan rumah mencecah 10,818 rumah (sasaran 7,212 rumah) dan penyelenggaraan jalan sepanjang 1,124.76km (sasaran 730km).Katanta projek ladang pertanian berskala besar menepati sasaran dua buah ladang.Jelasnya, segala pelaksanaan tersebut ternyata mengubah masa depan dan cara hidup masyarakat luar bandar ke tahap yang lebih baik, katanya. - Bernama 

No comments: