Sunday, January 5, 2014

Bangau oh Bangau Pemimpin PR

Cuba bayangkan. Kalau saja semua kedangkalan politik yang berlaku di pihak PR dinafikan dengan begitu mudah sebab perkara yang lebih teruk pernah dilakukan oleh pemimpin BN. Maka itu tidak perlu membuat siasatan atau kalau sabit pun, nanti saja kesalahan politik itu tidak dikisahkan oleh penyokong PR.

Saya merujuk pada isu pembelian kereta Mercedes-Benz yang berharga setengah juta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bagi kegunaan peribadinya. Tapi pula mempersoal SPRM, sebab konon hanya menyiasat pembelian keretannya sedang banyak isu sebelum ini yang dilakukan oleh pemimpin BN tapi di diamkan oleh konon SPRM.

Macam lagu Bangau oh Bangau lah senang cerita, apa agaknya yang akan berlaku pada negara ini kalau fenemonen politik ini tetap berterusan sampai bila bila, tahu apa dia? Nah semuanya akan hancur binasa. Nanti saja budak pejabat boleh melakukan kesalahan lalu merujuk pada kesalahan pemimpin agar mereka tidak dikenakan apa apa tindakan.

Kalau begitu keadaannya, apa yang perlu dibuat. Agar kesalahan tetap dilihat sebagai kesalahan yang merugikan parti politik. Supaya setiap pemimpin organisasi politik lebih berhati hati dalam melaksanakan tanggungjawab mereka? Nah tidak ada lain bagi menjawab persoalan ini selain kematangan masyarakat itu sendiri. Masyarakat harus bersikap matang tidak mengira pemimpin itu datang dari mana, hukuman harus dikenakan agar masyarakat pula mendapat manfaatnya.

No comments: