Sunday, January 5, 2014

Parti Politik Bukan Lagi Wadah Penyatuan Di Malaysia?

Mari saya khabarkan senario politik di era ini. Kebenaran tidak akan mampu mengubah kesetiaan satu satu kelompok pada parti politiknya. Terima hakikat ini, ada ramai masyarakat kita yang sebenarnya bersikap assabiyah dalam berpolitik sebab itu kebenaran tidak mampu berubah apa apa.

Yang hanya boleh mengubah sekaligus mampu membawa kemenangan pada parti politik  ialah apa dia? :-)

Biar penyokong tegar pada setiap parti politik faham dengan senario ini agar tidak saja saja menanggung dosa kering setiap hari hanya kerana politik.

Lalu anggap saja kalian tidak punya jawapan untuk persoalan di atas, nah kalau begitu apa nanti yang berlaku pada negara ini. Apakah parti politik sudah dilihat sebagai wadah yang tidak mampu menyatukan ummah. Bila saya kata parti politik maka yang saya maksudkan ialah semua parti politik tidak saja pada parti tertentu. Iya kah begitu? Atau akan ada muncul seorang actor secara tiba tiba sebagai penyelamat kepada kebobrokan ini.

No comments: