Thursday, January 23, 2014

Budaya Kerja Segelintir Kakitangan Awam, Semporna

Ketua Menteri Pulau Pinang, sibuk membetulkan kekurangannya terhadap kaum Melayu terutamanya dalam hal ekonomi.

Pernah saya katakan dahulu DAP memang tahu kelemahan Melayu. Ekonomi adalah segala segalanya.

Tapi jangan dilupa, kerajaan/Perdana Menteri juga sedang mengorak langkah dalam memberikan peluang berekonomi  terhadap kaum Melayu. Apa yang penting sekarang ialah kurangkan protokol bodoh yang sengaja di wujudkan oleh kelompok kakitangan kerajaan yang lupa diri. Sebenarnya Malaysia ini boleh  sejahtera hingga bila bila andai kakitangan yang dipertanggungjawabkan telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Ini tidak, semakin di hormati semakin berlagak, kalau pandai tahan sikit ini, ya ampun cakap pun sudah tahu jumlah kebodohannya. Bha kita lupakan hal ini sebab ia hanyalah entro politik.

Bayangkan saja, hanya meminta sokongan untuk dimajukan ke tingkat seterusnya, punyalah susah. Satu pihak kata sudah, pihak yang lain kata belum lagi.

Jadi apa tujuannya masyarakat memihak BN, kalau jabatan kerajaan yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan masyarakat peringkat pertengahan dan bawahan tidak berkelayakan baik dari segi kemahiran dan keintegritian yang perlu ada pada seorang kakitangan kerajaan.

Memang sebelum ini diri kerap menerima khabar kalau birokrasi jabatan kerajaan di daerah ini sangat sangat menjengkelkan (tidak semua). Hingga ada dari kalangan masyarakat yang sanggup berpindah dari daerah ini hanya kerana ingin lari dari birokrasi bodoh. Kenapa tidak bodoh, kalau kakitangan yang cuba bersikap pandai dengan menekan urusan seseorang sebenarnya bodoh.

Kelompok sengal ini sebenarnya lupa, yang mereka itu bukan siapa siapa, tanpa adanya rakyat yang telah memberikan mereka peluang sebagai kakitangan. Alahai

Ingin saya menyebut jabatan kerajaan yang saya maksudkan, yang ada di daerah ini, tapi saya merasakan tidak perlu sebab saya sedar ada ramai yang tahu. Apa lagi sebenarnya saya mengikuti jejak sekelompok masyarakat, yakni kalau kita bersikap lantang maka konon risau akan tidak mendapat peluang untuk mendapat kelebihan. Wal hal sepatutnya ia tidak berlaku, kalau semua lapisan masyarakat bersikap kisah dengan hal seperti ini, agar ia tidak berpanjangan ke generasi seterusnya yang boleh saja menjadi budaya yang susah untuk di hapuskan.

No comments: