Membaca posting seorang pengikut PKR. Dia kata individu dalam gambar/Video itu adalah MIRIP Pak Anwar dan BUKAN Pak Anwar.
Saya tidak faham bagaimana proses politik Malaysia ini berjalan hingga menyebabkan ada segelintir masyarakatnya menjadi taksub pada pemimpin politik yang jelas tidak bermoral.
Tidakkah mereka terfikir kalaulah benar semua tuduhan liwat yang dilemparkan selama ini adalah fitnah politik lalu akhirnya ia tidak memberi kesan malah membuat sokongan rakyat terhadap BN semakin berkurangan kenapa pemerintah/BN tetap membuat konon fitnah tersebut (FITNAH LIWAT) ?Tidakkah dengan itu pengaruh pemerintah akan terus menerus tidak mendapat tempat ?
Maka itu jangan sesekali kalian yang menyokong PKR berpendapat bahawa ia adalah konspirasi UMNO/BN dalam konon menjatuhkan politik Pak Anwar. Saya tidak nampak kenapa pemerintah tetap menggunakan kerosakan moral Pak Anwar sebagai senjata politik sedangkan ia tidak mendatangkan apa apa keuntungan dari konteks sokongan, para pemimpin BN pasti sedar akan hakikat ini dan pasti mereka juga tidak mahu kehilangan sokongan rakyat terhadap BN.
Yang sebenar benarnya semua pendedahan salah laku Pak Anwar yang menyentuh moral adalah kejadian sebenar beliau dan perkara ini akan terus didedahkan selagi Pak Anwar tidak berhenti dari melakukannya. Ini bukan strategik politik yang dirancang ini adalah kebenaran salah laku. Apa kalian sanggup di pimpin oleh pemimpin yang bermoral jelek lagi rosak dan apa nanti negara ini tidak akan di kecam oleh Elahi ?
Selain TIADA interest politik dari pendedahan tersebut malah ia akan merugikan politik pemerintah yang di katakan senjata makan tuan tapi konon tetap dicanang kenapa Pak Anwar masih tidak sanggup mengangkat Sumpah sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah, sedang sudah bertubi tubi salah lakunya di dedahkan ?
Saya yakin andai pada suatu hari PR yang memerintah negara ini dan Pak Anwar tetap dengan perlakuan songsangnya, pasti perlakuan songsangya itu akan tetap di dedahkan kepada pengetahuan umum dan ia bukan di sebabkan oleh dorongan persaingan dalam memenangi hati rakyat tapi disebabkan Pak Anwar itu seorang pemimpin.
Berkira kiralah balik dalam memberikan sokongan kepada PR....... Arios
No comments:
Post a Comment